FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEPRIHATINAN KESULTANAN JOHOR MENGENAI ISU SEMASA NEGERI
Menjadi kelaziman sejak dahulu lagi hubungan Kesultanan Johor dan rakyat amat rapat tidak kira waktu dan ketika apa sekalipun. Menjadi kebanggaan rakyat Johor sejak dahulu lagi, raja dan rakyat benar-benar berpisah tiada dari sudut konteks sebenar. Tidak menjadi sesuatu yang kekok bagi Sultan Johor dan Keluarga DiRaja sejak turun temurun menjenguk rakyat dan mengambil peduli hal semasa negeri Johor.
Ketika Temenggong Tun Ibrahim membuka tanah Johor yang tidak pernah dibangunkan sebelum itu, baginda mendekati rakyatnya dan mula membentuk dan menyatukan masyarakat Johor dengan membangunkan sosio ekonomi hingga berjaya menjadikan tanaman getah percha, gambir dan lada hitam sebagai satu industri terbesar dan eksport terpenting ke benua Eropah ketika itu.
Sultan Sir Abu Bakar pula amat peka dan cekap menukarkan sesuatu masalah kepada satu peluang baru. Pelbagai isu-isu semasa yang lebih mencabar pada zaman campur tangan kuasa asing, namun rakyat Johor sentiasa memberi sokongan terhadap tindakan baginda hingga Johor menjadi negeri yang tidak dijajah.
Sultan Sir Ibrahim meneruskan usaha tersebut namun dengan cara yang tersendiri untuk mendekati rakyat. Selain dari perjumpaan dengan pegawai kerajaan di Istana atau di pejabat seperti kebiasaan, baginda gemar berkuda hampir setiap pagi melewati kawasan perumahan dan kebun-kebun getah di sekitar Johor Bahru dan akan menyantuni penduduk sekitar bertanya khabar. Sultan Sir Ismail juga gemar berbincang dengan pegawai kerajaan dan ke daerah-daerah lain melihat sendiri isu dan perkembangan negeri dan rakyat.
DYMM Sultan Ibrahim seperti ayahandanya Sultan Iskandar sejak dahulu tidak pernah kenal erti penat memasuki kampung-kampung bagi mengetahui sendiri masalah penduduk. Walaupun jadual tugas yang padat, adalah menjadi kebiasaan pada Sultan Johor berjumpa dengan Menteri Besar serta pegawai-pegawai kerajaan pada setiap hari Rabu setiap minggu yang bertujuan untuk mengetahui, berbincang dan mendalami perkembangan negeri demi kesejahteraan Johor.
Begitu juga dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai pewaris takhta namun tugas baginda dalam pentadbiran negeri, rakyat, bola sepak dan pelbagai lapangan tugas diimbangkan agar segalanya tersusun dan membuahkan hasil yang hebat. Setiap isu semasa dan negeri mendapat keperihatinan baginda yang amat mendalam kerana rakyat Johor dan masa depan Johor adalah kepentingan utama baginda. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S DEEP CONCERN FOR STATE AFFAIRS
It has been a norm for a long time that the relationship between the Johor Sultanate and the people are very close regardless of time and what is going on. It has been the Johor people's pride since a long time ago that the monarchy and people are truly inseparable in real context. It is not strange for the Sultan of Johor and Royal Family to visit the people and take note on Johor's ongoing issues.
When Temenggong Tun Ibrahim opened up the previously undeveloped Johor, His Majesty got closer to the people and began to form and unite the Johor society by developing its socioeconomics until making gutta-percha, gambir and black pepper among the biggest industries and important exports to Europe at that time.
Sultan Sir Abu Bakar was sensitive and swift in turning any problem into a new opportunity. Various challenging issues occured during the time of foreign interferences, but the Johor people continued to give support to His Majesty's actions until making Johor the only state not colonised.
Sultan Sir Ibrahim continued the effort but with own ways of being close to the people. Besides meetings with government officials at the palace or office as usual, His Majesty enjoyed riding a horse every morning to visit housing areas or rubber estates around Johor Bahru and greeting the people around. Sultan Sir Ismail also enjoyed discussing with government officials and visiting other districts to observe issues and developments of the state and people.
HM Sultan Ibrahim, like Sultan Iskandar, since a long time ago has never tired of entering villages to find out more about the people's problems. Despite having a tight schedule, it has become a norm for the Sultan of Johor to meet the Menteri Besar and government officials every Wednesday of every week to find out, discuss and understand the state's development for the sake of Johor's prosperity.
The same goes for HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, as the heir apparent, but His Royal Highness' roles in state administration, people, football and other matters are well balanced to ensure everything is proper and produces good results. Every current and state issue receives His Royal Highness' attention because the Johor's people and future is His Royal Highness' priority. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan