INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR ROYAL FAMILY'S ABILITY TO HANDLE ANY VEHICLE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEUPAYAAN KERABAT DIRAJA JOHOR MENGENDALIKAN PELBAGAI JENIS KENDERAAN
Minat Keluarga Diraja Johor terhadap pelbagai jenis kenderaan bukanlah suatu perkara yang asing bagi rakyat. Justeru itu, berkebolehan memandu dan kecekapan mengendalikan pelbagai jenis kenderaan adalah salah satu keunikan yang dimiliki oleh Kerabat Diraja Johor sejak dari dahulu lagi.
Sultan Iskandar misalnya memiliki kebolehan mengendalikan sendiri helikopter dan pesawat selepas mendapat pertauliahan sejak awal tahun 70-an. Di peringkat awal, baginda telah mempelajari selok belok cara menerbangkan pesawat Cessna 150 Acrobat. DYMM Sultan Ibrahim juga mengikuti jejak langkah ayahandanya dengan mengikuti kursus pengendalian yang seumpamanya. Selain itu, baginda seperti ayahanda dan nendanya amat gemar kepada kenderaan lasak dan berkelajuan tinggi.
Kenderaan seperti kereta, motosikal berkuasa tinggi, bot berkelajuan tinggi seperti “Cigarette Boat” sangat digemari dan menjadi koleksi sejak tahun 70-an lagi. Baginda turut memiliki beberapa buah helikopter dan jet peribadi untuk kemudahan tugas baginda sebagai pemerintah negeri Johor. Minat dan kebolehan yang sama ini turut diikuti oleh anakanda baginda yang lain.
Pada tahun 2010, DYMM Sultan Ibrahim lulus ujian lesen Kelas 26 keretapi yang membolehkan baginda memandu dan membawa penumpang keretapi. Baginda telah beberapa kali bertemu rakyat di beberapa daerah dengan memandu keretapi. Di samping itu, baginda juga mahir memandu sendiri bas “motor home” jenis Marathon Coach buatan Prevost.
Minat yang mendalam Kesultanan Johor terhadap kepelbagaian kenderaan bukan sesuatu perkara baru dan janggal bagi rakyat Johor. DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota serta kerabat diraja yang lain sangat kerap memandu kenderaan sendiri menjenguk ke seluruh pelusuk Johor bertemu rakyat secara spontan menggunakan mod kenderaan yang berbebeza-beza mengikut keadaan, tempat, cuaca dan kawasan. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR ROYAL FAMILY'S ABILITY TO HANDLE ANY VEHICLE
The Johor Royal Family's interest in various vehicles is not something out of the ordinary for the people. Indeed, the capability and expertise in handling any vehicles are one of the uniqueness of the Johor Royal Family for a long time.
Sultan Iskandar, for example, could fly the helicopter and the airplane after learning how to do so in the early 70s. At the beginning, His Majesty already knew how to fly the Cessna 150 Acrobat plane. HM Sultan Ibrahim also followed in His Majesty's father's footsteps by taking similar piloting courses. Besides that, His Majesty is just like His Majesty's father and grandfather, who loved sturdy and high-powered vehicles.
Other vehicles such as cars, high-powered motorcycles and speedboats like the Cigarette Boat have been His Majesty's favourites and collection since the 70s. His Majesty also owns several helicopters and private jets to facilitate His Majesty's duty as Johor's ruler.
In 2010, HM Sultan Ibrahim passed a Class 26 train licence that allows His Majesty to operate a passenger train. His Majesty has visited the people in other districts by train. Exudes that, His Majesty is an expert in driving a Prevost Marathon Coach.
The Johor Sultanate's interest in various vehicles is not something new or strange for the Johor people. HM Sultan of Johor and HRH Crown Prince of Johor as well as other royal family members, who often drive vehicles themselves around Johor to meet the people spontaneously, will use a different mode of transportation depending on the condition, location, weather and area. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan