INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | UNITY IS THE FOUNDATION OF JOHOR'S PROGRESS

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PERPADUAN ASAS UTAMA KEMAJUAN JOHOR
Perpaduan merupakan perkara asas yang penting untuk berjaya di dalam setiap apa jua bidang dan perkara yang diceburi. Melihat kepada sejarah ketamadunan Melayu selama ratusan tahun yang amat mencabar dari sudut berkenaan, Sultan Sir Abu Bakar mahukan perpaduan menjadi teras utama dalam pemodenan kerajaan Johor.
Selain pemodenan sistem pentadbiran Kerajaan Johor sejak lebih dari 130 tahun lalu, perpaduan rakyat yang amat kukuh tersebut sangat disegani oleh pihak British yang tidak berjaya meletakkan Johor di bawah naungannya. Maka dengan faktor ini, kebebasan dan kemerdekaan kerajaan Johor dari campurtangan pihak asing dinikmati sepenuhnya oleh negeri Johor.
Menyedari akan pentingnya perpaduan, Sultan Sir Abu Bakar menyusun kerajaan Johor dengan menjadikan seruan “Muafakat Itu Berkat” sebagai slogan yang mana baginda mahukan ianya dimaktubkan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Sultan Sir Abu Bakar juga mencetuskan dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat antara kerabat diraja, kerajaan dan rakyat.
Seruan “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan dibawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 yang memperuntukkan seruan tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan dikekalkan dengan tiada ubah atau dipinda.
DYMM Sultan Ibrahim turut mahu perpaduan dicapai oleh Bangsa Johor tanpa mengira kaum dan agama, kerana dengan asas tersebut mampu menyumbang kemajuan dan pembangunan pesat negeri Johor seperti yang pernah direalisasikan dengan jayanya oleh Sultan Sir Abu Bakar, Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail dan Sultan Iskandar. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | UNITY IS THE FOUNDATION OF JOHOR'S PROGRESS
Unity is an important basis to succeed in any field or profession. Looking at hundreds of years of the Malay civilisation's history from that challenging aspect, Sultan Sir Abu Bakar wanted unity to be the foundation of the modernisation of the Johor government.
Besides the modernisation of the Johor administrative system over 130 years ago, the unity of the people were so strong that the British could not put Johor under their control. Due to this factor, the Johor government's freedom and independence from foreign interventions were fully enjoyed by the Johor state.
Realising the importance of unity, Sultan Sir Abu Bakar structured the Johor government by having the "Concord is a Blessing" slogan being part of the Johor State Constitution. Sultan Sir Abu Bakar also implemented policies to strength the unity and ties among the monarchy, government and people.
The "Concord is a Blessing" slogan was included and enshrined under the Clause 61, Part One of the 1895 Johor State Constitution that ensures it will be used forever and maintained without any change or amendment.
HM Sultan Ibrahim also wants Bangsa Johor to achieve unity regardless of race and religion because this foundation can contribute to the progress and development of Johor as successfully realised by Sultan Sir Abu Bakar, Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail and Sultan Iskandar. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan