INSPIRASI GENIUS HARIMAU SELATAN

INSPIRASI GENIUS HARIMAU SELATAN
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki seorang pemikir berkebolehan luar biasa yang wujud dalam organisasi tersebut. Seorang pemikir genius yang mempunyai variasi dalam agenda perpaduan juga inovasi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah pemikir genius termanifestasi, mempunyai lapan jenis daya pemikiran yang jadi kombinasi, menjadi faktor indikator kelab ini mencapai kejayaan juga multifungsi sejak sejarah eksistensi.
Macam koordinasi alpha, beta dan gamma, mari kita mulakan qiraah!
1. Pemikiran Logikal
Sebelum usaha-usaha membina empayar JDT, apa logik kewujudan telah Tunku kaji dan teliti. Bola sepak Johor akan kembali bernyawa setelah reformasi radikal, manakala rakyat pasti bersatu padu tanpa mengira ras dan agama dengan integral. "Luaskan Kuasamu Johor" adalah aforisme dalam konotasi. Matlamat menaikkan martabat Bangsa Jauhar jadi artikulasi.
2. Pemikiran Kritikal
Daya pemikiran kritikal Tunku ialah membersihkan titik hitam yang ada dalam organisasi. Segala kesalahan dan kelemahan Tunku diagnosis juga autopsi. Yang negatif ditendang keluar supaya tidak terus menjadi barah, PBNJ dijenamakan semula dalam usaha gerak kerja untuk mencetak sejarah.
3. Pemikiran Kreatif
Setelah organisasi dibersihkan, Tunku telah berfikir untuk menetapkan matlamat pasukan. Konsep, idea, strategi, prosedur kerja, teori dan hipotesis satu-satu Tunku aturkan. Di peringkat ini JDT mula bersedia untuk bangkit dan memandang kedepan. JDT mula menampakkan ciri-ciri kuasa bola sepak baharu, maka mula dihurung oleh hati-hati yang cemburu.
4. Pemikiran Projektif
Pemikiran projektif adalah keupayaan berfikir perkara yang akan berlaku seperti ramalan, segala yang Tunku ucapkan seperti satu prediksi yang bakal terjadi di masa depan. Seringkali setiap yang Tunku lafazkan akhirnya menjadi kenyataan, malah perjalanan JDT teratur dalam landasan, tidak pernah berubah sedikit pun haluan dalam perjalanan.
5. Pemikiran Konstruktif
Tunku seorang individu yang sentiasa mahu menaiktaraf kemajuan dari hari ke hari. Baginda bukan seorang yang mudah bersenang hati dengan kejayaan yang dikecapi. Tunku sentiasa berusaha memperbaiki lagi apa yang sudah baik. Tunku sentiasa konstruktif dan sentiasa mencari idea-idea baru supaya JDT sentiasa jadi paling terbaik. Maka tidak menghairankan, sehingga kini JDT sentiasa berada di hadapan, di situasi mereka "malas berkayuh maka perahu hanyut di lautan".
6. Pemikiran Sistematik
Tunku sentiasa berfikir tentang hala tuju JDT di masa depan. Bagaimana mahu menjana lebih banyak kejayaan, bagaimana mahu mengekalkan keseimbangan pengurusan kewangan, apa perkara yang mesti didahulukan, apa perkara yang boleh dikemudiankan. Ini adalah antara soalan-soalan yang sentiasa ada di dalam kitaran pusingan fikiran.
7. Pemikiran Positif
Berfikiran positif adalah perkara yang paling kuat ada dalam diri Tunku. Tunku sentiasa percaya dan yakin dalam setiap gerak laku. Walaupun kelab dilanda banyak masalah, Tunku masih percaya segalanya akan pulih seperti sediakala, Tunku sentiasa berjaya menukarkan masalah kepada peluang, tiada apa yang boleh jadi batu penghalang, dalam usaha Tunku untuk jadikan kelab ini unggul terbilang.
8. Pemikiran Emotif
Tunku sentiasa memikirkan hal rakyat dan Bangsa Jauhar dalam setiap keputusan, apa sahaja dilakukan, adalah untuk rakyat jadi keutamaan, malah Tunku bersedia untuk mengikut apa sahaja penyokong mahukan, kerana sayang, hajat kita Tunku realisasikan, walaupun tahu akibat dari keputusan yang telah diputuskan, bukti kita ini sebenarnya sentiasa Tunku manjakan.
Akhir kalam,
Interpretasi masyarakat umum terhadap Tunku selama ini agak kabur. Namun bagi Bangsa Jauhar, Tunku adalah seorang pemikir genius bola sepak dan pencetus perpaduan negeri Johor.
Usahalah apa sahaja propaganda mencacatkan cerita atau insinvasi, kesetiaan dan kepercayaan kami tidak berganjak walau satu juta agitasi.
"Kalau ada seribu tajusalatin indah ceritera, sembilan ratus sembilan puluh sembilan tidak setara, kalau direntap hepar dikerat, tetap utuh tidak bersyarat"
Ikatan rakyat dan Tunku tidakkan tamat.
“Kejayaan bagi saya adalah memiliki apa yang orang lain tidak mampu miliki. Minda yang sederhana membincangkan tentang kalah dan menang. Minda yang hebat membincangkan mengenai membina sebuah empayar dan warisan.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air, Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan