INI BARULAH JOHOR!
Dua kosong!
Tetamu kita pulang dengan tangan yang kosong, kononnya niat di hati mereka mahu menjajah, tapi hampa maka muramlah wajah.
Tanggal dua puluh sembilan!
Dua gol dijaringkan oleh nombor dua puluh sembilan seperti kebetulan. Namun sebenarnya bukan faktor nombor punca kemenangan, tetapi hasil dari reunifikasi sebuah hubungan kekeluargaan. Punca utama kemaraan JDT dapat diteruskan.
"Tonik Integralistik"
Satu hari sebelum hari perlawanan, motivasi dan kata semangat telah Tunku suntikkan, menjadi multivitamin untuk menjana keyakinan, kepada pemain, jurulatih juga pengurusan, supaya kekal fokus malah konsisten untuk mencapai kemenangan.
Kata-kata semangat itu menjadi pelonjak prestasi, maka di bawa sebagai bekalan yang multifungsi, hati yang gusar tiada lagi rasa sangsi, Malah bercambah kepercayaan diri dan efikasi.
"Penyokong alteratif semangat pemain"
Malam semalam hari kedua puluh sembilan di bulan sembilan. Hari penentu adakah kita akan meneruskan langkah kemaraan. Stadium Larkin kembali bernyawa buat hati yang bertandang jadi gemuruh, setelah lapan belas ribu lapan ratus lima puluh buat rumah kita kelihatan penuh.
Pemain begitu teruja melihat kita bersatu padu memberi sokongan,
Maka dengan semangat jitu mereka memulakan permainan, belum sempat seminit kiraan jam berjalan, dengan mudah gawang lawan Safawi bocorkan, maka kelebihan agregat dalam gengaman, satu gol menandakan bermula langkah kanan.
Maka dengan semangat jitu mereka memulakan permainan, belum sempat seminit kiraan jam berjalan, dengan mudah gawang lawan Safawi bocorkan, maka kelebihan agregat dalam gengaman, satu gol menandakan bermula langkah kanan.
Gegak gempita,
Penyokong Tok Gajah umpama klaustrofobia, sorakan Larkin buat pelawat paranoia, mereka pasti redha menerima takdir derita, kita pula gembira meraikan malam pesta.
Selepas gol itu,
Dari Farizal hingga ke Hazwan, tanpa henti jentera digerakkan, bertali arus asakan ke kubu lawan, hingga tidak berdaya untuk mereka lawan.
Pelawat tiada pilihan alternatif, hanya bertahan kerana Harimau Selatan terlalu agresif, semakin lama semakin pasif, jelas semangat Tok Gajah luntur dengan impresif.
Harimau Selatan makin rakus dan kekal bertenaga, apabila Safawi sekali lagi menjaringkan gol di minit tujuh puluh tiga, maka harapan hitam putih akhirnya terpadam, menjadi noktah penutup kalam.
Sembilan puluh minit waktu perlawanan berakhir, kemenangan mutlak keputusan mutakhir. Kita melangkah ke separuh akhir.
"Cuti panjang yang tamat"
Malam itu kita bukan sahaja meraikan kemenangan juga kemaraan, tetapi jugak malam kita melepaskan kerinduan, akhirnya sorakan Larkin kembali pulang, setelah sekian lama bercuti panjang.
Dari bawah saya melihat Tunku termenung sambil tersenyum, melihat rakyat yang dikasihi memenuhi stadium, menjadi kepuasan yang tidak terkira, nampak benar Tunku begitu gembira.
Pasti, dari renungan Tunku, saya amat pasti, Tunku pasti berkata jauh dalam sudut hati, Ini barulah Johor! Johor yang sentiasa mesti menjadi Johor!
Akhir kalam,
Pengurusan, pemain dan penyokong saling memerlukan, ikatan ini harus terus berkekalan, kerana penyokong, pemain lebih bersemangat untuk berjuang, kerana penyokong empayar ini tidak sekali akan bergoyang.
Di stadium ini kita bina semula semangat yang telah hilang. Di stadium ini kita perbaiki semula hubungan yang renggang. Kita putihkan segala titik hitam dalam pandangan, supaya ukhuwah berkekalan tiada pengakhiran.
Alhamdullilah,
Kita berjaya ke separuh akhir!
Kita berjaya ke separuh akhir!
"Setelah mengharungi ribut, kita akan diterangi cahaya matahari"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan