HOW DO YOU GET INTO THE JDT-VALENCIA ACADEMY? #JDT

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM AKADEMI JDT-VALENCIA?
Maklum balas yang diberikan terhadap Akademi JDT-Valencia amat menggalakkan, terutama setelah mengetahui bahawa ia adalah akademi bola sepak sebenar di mana para pemain adalah pelatih sepenuh masa.
Para pelatih tersebut tinggal bersama, belajar bersama, makan bersama dan bermain bola sepak bersama-sama - menjadikan ia akademi terbaik yang terdapat di antara kelab-kelab bola sepak di negara ini.
Walaubagaimanapun, untuk menyertai Akademi JDT-Valencia tidak begitu mudah, sebahagian besarnya disebabkan oleh pendekatan ‘crème de la crème’ (hanya yang terbaik antara yang terbaik) yang diambil oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim secara keseluruhan.
Pelatih dipilih dengan cukup teliti daripada pusat latihan daerah, Liga Kementerian Pelajaran dan Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sekitar 80% daripada mereka yang dipilih secara umumnya adalah anak-anak kelahiran Johor serta dibesarkan di negeri ini manakala yang lain datang dari pelbagai tempat lain. Pendekatan serupa juga diterima pakai oleh kebanyakan kelab-kelab bola sepak dunia, yang mencari anak-anak muda berbakat dari seluruh dunia.
Ia adalah perkara yang sama dilakukan di Akademi JDT-Valencia di mana ‘scouts’ (pencari bakat) sentiasa mencari bakat baru untuk menyertai Keluarga JDT.
Mereka yang tersenarai kemudiannya perlu menghadiri percubaan sebelum diserahkan kontrak, sama ada kepada pelatih tersebut secara langsung atau kepada penjaga mereka.
Pada masa ini terdapat lebih daripada 150 pelatih di dalam pelbagai kategori iaitu Bawah-12, B13, B14, B15, B17 dan B19.
Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada program Akademi JDT-Valencia, tunjukkan kehebatan anda di perlawanan-perlawanan yang mengikut kategori umur kerana terdapat pencari bakat yang menonton persembahan anda dengan teliti. Luaskan Kuasamu Johor.
———
HOW DO YOU GET INTO THE JDT-VALENCIA ACADEMY?
The response to the JDT-Valencia Academy has been overwhelming, especially after discovering that it is a full-fledged football academy where the players are full-time trainees.
The football aspirants live together, study together, eat together and play football together – making the academy a one of a kind among football clubs in the country.
Entry into the JDT-Valencia academy, however, is not as simple, largely due to the crème de la crème approach taken by Johor Darul Ta'zim FC as a whole.
Trainees are carefully hand-picked from district training centres, the Education Ministry League and Malaysian Schools Sports Council (MSSM) Football Tournament. Around 80% of those selected generally are Johor born and bred while the rest come from other places. A similar approach is also adopted by many global football clubs, who scout talented youngsters from the around the world.
It is the same for the JDT-Valencia academy where scouts are constantly on the lookout for new talent to join the JDT Family.
Those short-listed will then need to attend a trial before being handed a contract, either to the said trainee directly or their guardians
There are currently over 150 trainees across the Under-12, U13, U14, U15, U17 and U19.
For those wanting to be part of the JDT-Valencia Academy, bring your A-game to age-group competitions for there are scouts watching with their eagle eyes. Luaskan Kuasamu Johor.

Ulasan