Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz tidak berhasrat untuk berhijrah – Alistair Edwards
Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards telah menafikan beberapa kenyataan laman facebook dari utara tanah air bahawa Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz berniat untuk menyertai pasukan lain.
Ini kerana, kedua-dua pemain tersebut baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama kelab berpengkalan di selatan tanah air baru-baru ini.
“Untuk makluman semua penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain tersebut serta kesemua pemain Harimau Selatan telah menandatangi dan menyambung kontrak mereka antara 2020 dan 2023.” tulisnya di laman facebook JOHOR Southern Tigers.
Tambahnya lagi, JDT yang dilengakapi dengan segala kemudahan dan bermain dalam saingan antarabangsa (AFC Champions League) tidak memungkinkan untuk para pemain keluar daripada kelab tersebut untuk bermain bersama pasukan lain.
“Pada pendapat saya, jika pemain itu benar-benar waras, tidak akan ada yang mahu keluar daripada JDT yang memiliki kemudahan serba lengkap dan juga akan bersaing dalam kejohanan antarabangsa seperti Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim hadapan.” jelasnya.
Selain itu, Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri juga kerap diturunkan dalam kesebelasan utama dan perkara yang dinyatakan oleh beberapa akaun facebook dari utara tanah air itu hanyalah sekadar khabar angin
Namun begitu, Alistair Edwards turut menyatakan bahawa ada 2 pemain yang akan ditamatkan kontrak, akan tetapi 2 pemain tersebut bukanlah Nazmi mahupun Hazwan.
“Tahun ini, Nazmi Faiz telah memberikan begitu banyak sumbangan kepada kelab dan telah bermain banyak perlawanan. Begitu juga Hazwan Bakri.”
“…usah percaya kepada apa-apa khabar angin berkenaan isu tersebut kerana tidak ada seorang pemain sekalipun yang akan keluar daripada JDT melainkan 2 pemain yang akan ditamatkan kontrak.”
Ulasan
Catat Ulasan