HASRAT Pahang untuk mendapatkan bekalan selesa pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri tidak kesampaian selepas terikat seri 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Bermula babak kedua, JDT bermula garang apabila percubaan pertama oleh Gonzalo Cabrera yang melakukan rembatan kencang dari kawasan kotak penalti berjaya menerjah gawang untuk mendahului Pahang 1-0 pada minit ke-46.
Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Tok Gajah mengatur serangan sebelum Muhammad Safuwan Baharudin berjaya menanduk masuk bola untuk gol penyamaan pada minit ke-90. Kedua-dua pasukan akan berentap semula pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan, Larkin pada 29 September depan.
Ulasan
Catat Ulasan