Check out TMJ’s latest posting.

Baru-baru ini saya telah dihampiri oleh seorang individu untuk membeli sebuah peralatan, yang mana ia juga dimiliki oleh kerajaan. Alat buatan Israel ini digunakan untuk pengintipan serta mengumpul data.
Teknologi ini juga telah digunapakai sebelum pilihanraya untuk membantu dalam perang siber.
Beberapa orang pegawai kerajaan telah berjumpa dengan saya dengan menyatakan bahawa SPRM, Unit Khas, SKMM dan Pejabat Perdana Menteri turut menggunakan peralatan ini. Bila ia berkaitan dengan keselamatan negara, saya berpendapat ia adalah sesuatu yang sangat berharga. Namun, peralatan ini tidak patut diseleweng oleh mana mana pihak untuk kepentingan sendiri.
Saya tahu ia digunapakai oleh kerajaan dahulu, tetapi tidak sepatutnya berlaku di zaman Malaysia Baru - tiada tempat untuk pengamalan sebegini kini.
Adalah sangat tidak baik apabila ada pegawai yang telah menyampaikan pesan bahawa saya dan Ayahanda saya, DYMM Sultan Johor sedang diperhatikan. Ramai juga "cybertroopers" diletakkan pada halaman JDT serta laman peribadi kami seperti Official Sultan Ibrahim dan HRH Crown Prince of Johor atas perasaan kurang senang oleh beberapa pihak atasan.
Ya, saya memang vokal tetapi ianya lahir dari rasa kasih sayang dan tanggungjawab saya kepada negeri Johor serta rakyatnya.
Saya tidak akan berdiam diri jika ada beberapa parti yang ingin mengambil kesempatan memecahbelahkan perpaduan Bangsa Johor yang unik ini.
Biar saya jelaskan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kerajaan. Johor sentiasa menyokong penuh kerajaan yang memerintah. Dengan itu, kami akan menyokong segala keputusan yang betul. Namun kami juga tidak akan berdiam diri apabila berlaku keputusan yang salah.
Akhir kata, satu-satunya perkara yang rakyat mahukan adalah kerajaan mengutamakan kemajuan, bukannya bertelagah di dalam negara. Saya berdoa semoga kerajaan menepati janji janji kepada rakyat. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I was recently approached by an individual to purchase a device, which the government also has in its possession. This device is Israeli-made and is used to spy on people and gather intel.
This technology was also used pre-election help in terms of cyber warfare.
A few government officials came to me saying that the MACC, Special Branch, MCMC, and the Prime Minister's Office have been using it. When it comes to National Security, I think it is something we need, but these same devices should not be used by individuals for personal gain.
I know the former government used this, but this is supposed to be Malaysia Baru – it is no place for such practices any longer.
It is not nice when officials come to me saying that my father, the Sultan of Johor, and I are being monitored. And that there are cybertroopers planted on JDT and our personal pages such as the Official Sultan Ibrahim and HRH Crown Prince of Johor page, waiting in case there is something that does not go down well with certain higher ups.
Yes, I am vocal and that it simply because I care for Johor and its people.
I will not stand still if there are certain parties trying to take advantage of the people of Johor or break this unique unity we have.
Let me be clear, I have nothing against the goverment. Johor has always had the policy of supporting the rulling government. That said, we will give our support when the right things are done. Yet we will not be silent when wrongs are being committed.
Last but not least, the only thing people want to see is the government prioritising progress, not having squabbles within the country. I pray that the government can fulfill its promises to the people. Allah Peliharakan Sultan.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor






Ulasan