Berdasarkan prinsip, saya tidak pernah mengambil jalan mudah. Saya percaya ia adalah tugas kami untuk bercakap benar dan tanpa mengira akibat dan kesannya.
Nampaknya dengan saya bersuara lagi sekali membuat setengah pihak kurang senang.
Seorang penulis telah berkata, bahawa "tersesat dalam kancah arena politik" akan meletakkan keluarga saya dan diri saya sendiri berisiko menjadi 'mangsa serangan' dan status kami akan 'direndahkan'.
Saya telah mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di 'whacked' atau di ‘clobbered', ia adalah perkara kecil bagi saya.
Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.
Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.
Status saya hanya 'jatuh' jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya - dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal.
Kepada penulis tersebut, ingin saya katakan, anda tidak perlu bimbang dengan ‘status’ saya - saya akan baik-baik saja.
Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di ‘online’ (media sosial). Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.
Baiklah Penulis, mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca.
Saya tidak ada niat untuk membela 'ego' saya dengan apa yang ditulis. Sekali lagi, saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri - saya bersuara supaya rakyat tahu perkara yang benar. Kita mesti bersuara apabila ada perkara yang salah sedang dilakukan.
Ia bukanlah perkara memantau apa yang ditulis pada laman sosial media saya. Ia melibatkan pemantauan telefon peribadi saya, e-mel, dan komunikasi peribadi. Saya rasa 'penulis' ini pun tidak suka jikalau diletakkan di bawah pemerhatian yang sama.
Sedangkan saya ahli kerabat diraja boleh diintip, apatah lagi orang awam Malaysia yang lain?
Biar saya jelaskan disini - Saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah telah berlaku.
Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu.
Saya berdoa agar kita semua boleh maju ke arah Malaysia yang lebih baik.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
******
As a rule, I have never taken the easy way out. I believe it is our duty to speak the truth, regardless of consequence.
It seems that my speaking out has ruffled some feathers yet again.
A certain writer has spoken out, saying that “straying into the political arena” will put my family and I at risk of being ‘clobbered’ and our status ‘lowered’.
I have heard these words before. Whether we are ‘whacked’ or ‘clobbered’ matters little to me.
What does matter to me are my people. My status comes from my service to the rakyat – and I consider speaking the truth as one of my duties.
A Man’s true status is not the title he holds, but how he is viewed by his people.
My status can only be ‘lowered’ once I have failed in my service to them - and in that regard, I believe I have not.
To this writer, I say, do not concern yourself with my ‘status’ – I will be just fine.
The writer then goes on to say that I should accept the fact that I am being monitored, simply because I am active online. He compares it to himself, who says that for the sake of his ego, he would love to be monitored – it means that people read what he writes.
Well Mr. Writer, perhaps when you write for the betterment of the country, you will get more readers.
I have no wish to stroke my ego with my writing. Again, I do not speak for myself – I speak so that the rakyat know the truth. We must speak out when a wrong is being committed.
This is not a simple case of reading what is written on my Facebook page. It is the monitoring of my personal phones, e-mails, and private communication. I doubt that this ‘writer’ would appreciate being placed under the same scrutiny.
If even I, as a member of the royal family can be spied on, what more the ordinary citizens of Malaysia?
Let me be clear - I am not speaking against the government. Johor’s policy is to support those running the country. However, we cannot take this for granted. We must always be vigilant and speak out when a wrong has been committed.
My words have not always been easy to swallow. But I have always had the country’s best interest in mind. Malaysia Baru will need more leaders who are not afraid to speak the truth. It is the only way to avoid our past mistakes.
I pray that we can all move forward to a better Malaysia.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Ulasan
Catat Ulasan