ALOR SETAR: Penolong ketua jurulatih Kedah, Azzmi Ab Aziz mahukan kemenangan 3-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, semalam menjadi menjadi penyuntik semangat untuk terus melonjakkan tahap pemainan Lang Merah.
"Kemenangan ini sungguh bermakna kerana JDT pasukan terbaik liga kita. Justeru, saya mahu pemain terus perbaiki dan meningkatkan mutu serta komitmen mereka dalam mengharungi baki perlawanan.
"Tiga mata ini jelas menyuntik semangat serta motivasi kami.”
Azzmi juga berkata akan melakukan penambahbaikan dalam pasukan dengan memanfaatkan tempoh rehat lebih daripada 10 hari sebelum aksi terakhir peringat kumpulan.
"Kami perlu menang apabila bertemu Kelantan nanti. Kami tidak mahu bergantung kepada keputusan membabitkan pasukan lawan untuk mara ke pusingan seterusnya kerana apa yang penting melakukannya dengan kudrat sendiri."
Ulasan
Catat Ulasan