MAHU JADI APA JDT TANPA TMJ?

MAHU JADI APA JDT TANPA TMJ?
Satu dua! Tewas pula kepada MIFA!
JDT tewas ketika ketiadaan DYAM Tunku Mahkota Johor! Ketika tiada Tunku di depan mata, mereka tersungkur. Apakah mereka sudah hilang motivasi? Kerana tiada baginda yang selama ini menjadi inspirasi? Tidak bolehkah sebentar Tunku meninggalkan posisi?
Di stadium ini, kita terlena dibuai kemenangan, kita dimanja dengan selesanya kejayaan, realitinya kita sudah lama tidak kenal artikulasi kekalahan, kita tewas dalam keadaan kita berasa mampu mara ke depan.
Piala Malaysia adalah kejuaraan bonus untuk kita, tetapi cubalah sedaya upaya mengejar kejuaraan yang dicita, tetapi jika tersungkur biarlah bermaruah, jangan sampai dijadikan jenaka oleh mereka yang memendam amarah.
Kita harus akui, beginilah keadaan apabila Tunku tiada memerhati, segala semangat mereka seakan mati, bermain tidak dengan rela hati.
Selama ini,
Menjadi kewajipan setiap di bilik persalinan, menjadi rutin Tunku bertentang mata menyampaikan pesanan, telah Tunku manjakan mereka dengan bekalan kata indah sebelum perlawanan, menenangkan mereka dalam setiap tugas dan peranan, menyedarkan mereka betapa berharganya setiap kemenangan malah mengingatkan mereka, hati penyokong perlu mereka tawan!
Namun setelah Tunku tiada di depan mata, segala ingatan dan kekuatan seperti hilang entah kemana.
Kepada penyokong,
Konservatif isu sebegini, jangan kita biarkan ia menggoyahkan semangat dalam diri sendiri. Pasti ada jalan membaikpulih pasukan ini. Relevansinya, ketiadaan Tunku hanya sementara, takkan Tunku biarkan kita semua sengsara, kerana Tunku mempunyai swadaya, dalam proses menguatkan manifestasi skuad ini untuk terus berjaya.
Dari itu,
Tidak mengapa kita diketawa, tidak mengapa kita jadi bahan jenaka, satu Malaya memang menunggu waktu ini berkunjung tiba, biarkan saja Luncai terjun dengan labunya, tapi kita jangan mudah rapuh jiwa.
Akhir kalam,
Dari kejauhan Tunku sampaikan pesanan, hidup kita perlu diteruskan, jangan berubah seinci gerakan sokongan, hal pemain tahulah Tunku bagaimana mahu uruskan, sebaik Tunku pulang segala-gala akan berubah, demi kelab dan juga para penyokong, semangat ini kembali bercambah.
Benar kata komuniti penyokong setia.
“Mahu jadi apa harimau tanpa belangnya. Mahu jadi apa, JDT tanpa TMJ!”
Artistik dari manusia satu denyut.
Congak corak taktikal bergerak,
Nampak tegak rentak bergolak,
Gempur tempur jangan tersungkur,
Merah tak kabur biru tak luntur.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
🔴🔵
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Artikel dari : Hafiz Othman

Ulasan