KALAM PEMBUKA KATA ANAK JAUHAR
Semua orang punya idola, termasuk saya yang mempunyai idola dalam inspirasi setiap melakukan gerak kerja. Dengan tidak disangka, di suatu petang saya berpeluang bertemu idola saya selama ini yang hanya dalam mimpi dia datang. Dengan ditemani dua rakan, di sebuah kedai makan berdekatan padang sri gelam kami berhadapan.
Saya duduk mengadap beliau secara berdepan, manakala kedua rakan duduk di kiri dan kanan. Beliau adalah salah seorang pencetus JDT dalam sejarah kewujudan. Yang tahu serba serbi termasuk sejarah Johor yang penuh keunggulan.
Sebelum cerita bermula emosi jadi impresif, dihirup secawan air kosong yang tersedia itu impulsif. Dengan satu hembusan nafas tenang supaya akomodatif, bermulalah cerita yang dibentang secara figuratif, dengan Sembilan belas huruf kalimah basmalah pemancar nur, cerita di lancar umpama soyuz di kosmodrom baikonur.
KITA MULA,
Johor sebuah negeri yang tidak pernah dijajah, itu telah terbukti dalam sejarah. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor dalam melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik terutamanya Temenggung Ibrahim dan Sultan Abu Bakar memang terserlah. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan sejak tahun lapan belas sembilan puluh lima perlembagaan Johor jadi utuh. Undang-undang yang diwujudkan untuk menjamin pemerintahan yang teratur dan kuasa Sultan juga diperkukuh.
Almarhum Sultan Abu Bakar tidak memberi peluang kepada British untuk meluaskan kuasanya. Dan dibawah pemerintahan baginda, baginda lahirkan beberapa pegawai-pegawai kanan kerajaan Johor yang bijaksana. Antaranya, Dato’ Jaafar Haji Muhamad yang mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor diterima positif dan menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu arahan imperatif. Juga tidak lupa Johor juga ada melahirkan bangsa cendiakawan, iaitu Dato’Muhamad Salleh Perang yang bertanggungjawab melukis peta negeri Johor memudahkan urusan pembangunan.
"ADIKARYA INSKRIPSI”
Kita sentiasa menjadi bangsa yang mencorak sejarah, kerana itu kita amat bertuah. Bangsa Johor amat beruntung kerana sejak dahulu lagi kita mempunyai Sultan yang amat mementingkan rakyat. Dari generasi ke generasi kesultanan Johor, segalanya tidak pernah luntur, langsung tidak berubah dan pastinya tidak akan tamat. Ianya berterusan sampailah mengalir ke dalam diri Tunku Mahkota untuk kekal tersemat.
“DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR”
Ya! DYAM Tunku Mahkota Johor mempunyai satu rasa yang sama. Mementingkan rakyat itu paling utama. Pernah satu ketika, dengan Tunku Mahkota Johor beliau duduk semeja. Baginda bertitah, Rakyat Johor perlu sentiasa dibela dari anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan perpaduan, sentiasa dilindungi walau apa cara yang diperlukan.
Tunku Mahkota Johor tidak kisah dengan siapa yang memerintah. Asalkan patuh kepada tiga perkara, Kedaulatan Negeri itu yang pertama, Kesejahteraan Rakyat itu yang kedua, Kepentingan Rakyat itu yang ketiga.
Ini menampakan bahawa apa saja yang terjadi dalam masa mendatang, rakyat Johor tetap seperti minyak yang penuh akan Tunku tatang.
"KEWUJUDAN JDT FORMULA TRISULA”
Begitu juga dengan kewujudan JDT, tiga perkara itulah yang menjadi inspirasi. Tiga perkara itulah di dalam JDT telah Tunku adaptasi. JDT bukan sahaja kelab Johor dalam identiti yang termutasi, tetapi menjulang tanah berdaulat penuh akurasi, memberikan kesejahteraan sesama bangsa Johor supaya unifikasi, malah membawa kepentingan menaikan nama bangsa Johor supaya tidak dipandang rendah jadi aspirasi. Bersama JDT, baginda wujudkan perpaduan sesama bangsa Johor. Bersama JDT, baginda lahirkan rasa sayang sesama bangsa Johor terus subur. Dan bersama JDT jugalah, baginda bawa nama negeri Johor keseluruh dunia jadi tersohor.
"VOX POPULI”
Ini adalah cerita yang tiada langsung bersifat agitatif, semoga sahabat tidak berfikiran dalam kitaran negatif, cuma berkongsi cerita supaya tidak avitaminosis, Kejayaan dan kemajuan kita umpama hentaman kuat asteroid apophis. Yang hati hitam akan tumbang akhirnya paralysis.
AKHIR KALAM
Bagai Galatic bulge tanah ini di pagari bintang, rakyat Jauhar sedia jadi hulubalang, akan mengawal supaya kita sentiasa gemilang. Tidak akan kami biarkan kesejahteraan ini kurang dan hilang.
"Izinkan saya menjadi artikulator dan ubat penenang jiwa kepada anda, mulai hari ini kita sama-sama berkongsi segala-gala, di kolum ini kita akan sentiasa berjumpa, tanggal satu haribulan lapan, kalam ini saya buka serta-merta"
Artistik dari manusia satu denyut
Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
🔴🔵
🔴🔵
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air, Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat
(Artikel dari : Hafiz Othman)
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#Permataselatran
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#Permataselatran
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan