Langkau ke kandungan utama

JDT tewas kepada MISC-MIFA

PENYERANG JDT, Hazwan Bakri cuba menahan bola dalam perlawanan
PENYERANG JDT, Hazwan Bakri cuba menahan bola dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan menentang MIFA di Stadium Larkin di sini hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen musim ini dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada MISC-MIFA dalam aksi Kumpulan C di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Keputusan Kumpulan C lain menyaksikan Kedah dan Kelantan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dalam aksi Kumpulan B pula, PDRM tewas 2-5 kepada PKNS di Stadium Hang Jebat manakala di Stadium Tun Abdul Razak, Felda United dan Melaka United menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan. - UTUSAN ONLINE

Ulasan