PENYERANG JDT, Fernando Marquez (dua dari kiri), diasak pemain Kelantan pada perlawanan Piala Malaysia Kelantan menentang JDT, di Stadium Muhammad IV malam tadi. - UTUSAN ONLINE/SHIDDIEQIIN ZON
KOTA BHARU 18 Ogos - Kelantan melakarkan kemenangan sulung dalam kempen Piala Malaysia Kumpulan C musim ini apabila menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini malam tadi.
Kemenangan itu dibayar dengan harga yang mahal apabila dua pemain Kelantan Muhammad Daniel Hakim dan Cristiano Santos diperintahkan keluar padang selepas masing-masing menerima kad kuning kedua pada masa-masa kecederaan pada babak kedua.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan aksi hambar. Bagaimanapun tuah lebih berpihak kepada Kelantan apabila memperoleh sepakan penalti pada penghujung babak pertama selepas Muhammad Imran Samso dijatuhkan oleh Marcos Antonio
Cristiano Santos yang mengambil sepakan itu berjaya menewaskan penjaga gawang JDT Mohd. Farizal Marlias untuk meletakan tuan rumah selesa dihadapan selain menamatkan kemarau jaringan selama 810 minit sejak menyertai The Red Warriors (TRW) Mei lalu.
Bersambung babak kedua, pelawat yang terdesak untuk menyamakan kedudukan lebih banyak mendominasi perlawanan menerusi serangan bertali arus ke kubu TRW namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.
Minit ke-75, pemain gantian Muhammad Hakimi Abdullah hampir menambah derita JDT kegopohan pemain itu menyebabkan peluang keemasan itu gagal disudahkan.
Jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan meraih tiga mata pertama. -UTUSAN ONLINE.
Ulasan
Catat Ulasan