J-D-T, JANGAN BERPECAH BELAH, DEMI MERAH BIRU, TERUSKANLAH BERJUANG!

J-D-T, JANGAN BERPECAH BELAH, DEMI MERAH BIRU, TERUSKANLAH BERJUANG!
Kita harus terus mengharungi baki perlawanan musim ini dengan bersatu hati dan percaya kepada pasukan. Beberapa faktor utama yang boleh menjadi indikator untuk pasukan ini terus berdiri.
1) Jangan berpecah belah.
Penentu kejayaan bukan sahaja berkenaan pengurusan, barisan jurulatih dan pemain, tetapi juga berkenaan penyokong yang setia tidak kira rintangan yang mendatang. Pengurusan, Jurulatih, Pemain dan Penyokong harus menjadi satu. Perpecahan bakal menjadikan kita lemah.
2) Demi Merah dan Biru
Kepercayaan anda adalah ramuan paling berkesan dalam kejayaan pasukan ini. Sentiasa percaya kepada kelab dan kepimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Letakkan segala kepercayaan penuh demi kegemilangan Harimau Selatan. Dengan kepercayaan yang diberikan, yang jatuh akan bangkit, yang lemah pasti akan gagah.
3) Teruskan berjuang.
Walau dalam keadaan kita tertunduk dan dalam keadaan ramai yang berharap kita tewas, kita harus menjadi talian hayat untuk pasukan meneruskan saki baki perjuangan. Sokongan padu kita bakal menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi sesuatu yang tidak mustahil.
Bersatulah. J-D-T.
"Di waktu ini, mungkin kamu memperlekehkan segala ingatan yang cuba kami ingatkan,
Akan tiba satu hari nanti, mungkin kamu kembali teringat bahawa segala ingatan ini adalah suatu kebenaran.
Akhirnya,
Di waktu itu tidak berguna, kerana keadaan telah berubah, apabila hanya tinggal catatan sejarah"
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan