FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI ISTANA TERHADAP BOLA SEPAK JOHOR
Sokongan Kesultanan Johor terhadap sukan bola sepak sejak dari zaman pemerintahan Sultan Iskandar telah menjadi pembakar semangat dan pemangkin kepada peningkatan pasukan bola sepak negeri Johor sejak dahulu lagi. Tahun 1985 menjadi titik tolak pertama kejayaan pasukan bola sepak negeri Johor dalam menongkah arus hingga berjaya ke peringkat yang tidak pernah dijangkakan hari ini.
Kejayaan pasukan Johor ketika itu hingga berjaya menjulang Piala Malaysia yang pertama menerima sokongan dan naungan daripada Sultan Iskandar. Bertambah manis lagi apabila baginda ketika itu merupakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-8 hadir menyuntik semangat pasukan Johor dengan menyaksikan perlawanan akhir yang sengit dan turut menyampaikan sendiri piala kemenangan tersebut kepada wira-wira pasukan Johor ketika itu.
Kejayaan pasukan Johor berulang pada tahun 1991 apabila menjadi pasukan pertama dalam negara menjuarai piala berganda iaitu Piala Liga Semi Pro dan Piala Malaysia dalam satu musim. Sekali lagi sokongan Sultan Iskandar menjadi pembakar semangat malah baginda menzahirkan penghargaan tertinggi dengan pengurniaan anugerah Pingat Ibrahim Sultan pangkat ke-II kepada trio pemain import pasukan Johor ketika itu.
DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar meneruskan sokongan dari pelbagai sudut yang lebih luas apabila menjadi pendokong semangat kepada usaha anakandanya DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam setiap aspek dan sudut pembangunan bola sepak negeri Johor.
Walaupun jadual tugas baginda sebagai Sultan sentiasa padat, baginda menterjemahkan sokongan dengan menyaksikan sendiri perlawanan akhir Piala AFC 2015 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di negara Tajikistan. Berkat keberangkatan baginda, pasukan JDT berjaya menjuarai piala tersebut buat julung kalinya dan menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara menjuarainya.
Kejayaan demi kejayaan Kelab Bolasepak JDT sehingga ke hari ini tidak mungkin menjadi tanpa sokongan padu DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor. Walaupun matlamat penting adalah untuk terus berjaya dalam lapangan tersebut, tetapi baginda berdua melihat skop yang lebih luas lagi iaitu sebagai medan perpaduan Bangsa Johor tidak mengira kaum dan kepercayaan agama. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | PALACE'S UNDIVIDED SUPPORT FOR JOHOR FOOTBALL
The Johor Sultanate's support for football since the era of Sultan Iskandar has become an inspiration and a catalyst for Johor football's progress for a long time. 1985 was the starting point of Johor football's success until achieving their current unexpected level today.
Johor's success at that time of winning their first Malaysia Cup received support and praise from Sultan Iskandar. Making it sweeter was that His Majesty was the 8th Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia, which motivated the Johor team by watching the closely contested final and presenting the trophy to the Johor heroes at that time.
Johor repeated the success in 1991 when they became the first team in the country to win a Double, namely the Semi-Pro League title and the Malaysia Cup, in one season. Once again, Sultan Iskandar's support was a motivation and His Majesty also gave the highest appreciation by awarding the second rank of the Sultan Ibrahim Medal to the Johor foreign trio.
HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar continued the support from wider and various scopes by giving support to efforts of HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, in every aspect and development plan of Johor football.
Although His Majesty's schedule as Sultan is always packed, His Majesty has shown his support by watching the 2015 AFC Cup final involving Johor Darul Ta'zim (JDT) in Tajikistan. In His Majesty's presence, JDT won the trophy for the first time and became the first team from Southeast Asia to win it.
JDT FC's success after success until today wouldn't have been possible without the support of HM Sultan of Johor and HRH Crown Prince of Johor. Although the important objective is continue to be successful in this sport, both are looking it from a wider scope, which is a unity platform for Bangsa Johor regardless of race and religion. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan