INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S CONTRIBUTIONS IN EMPOWERING BAHASA MELAYU

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SUMBANGAN KESULTANAN JOHOR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Sultan dan para pembesar Johor berpendidikan Inggeris namun semangat memperjuangkan bahasa Melayu sangat tinggi. Pada tahun 1888 ketika dibawah pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak selaku penasihat kepada Sultan telah mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru dengan matlamat menanamkan semangat belajar dan menulis bahasa Melayu.
Sumbangan Johor dalam pendidikan Melayu amat terserlah dibawah naungan Sultan Sir Ibrahim dengan kelahiran tokoh-tokoh intelektual Melayu dan hasil karya-karya seperti buku tatabahasa Penokok dan Penambah (1939) dan Jalan Bahasa Melayu (1937). Sultan Sir Ibrahim mahu bahasa Melayu diperkasakan dan baginda mahu ia dijadikan bahasa rasmi negeri Johor sebelum baginda bersetuju menandatangani perjanjian pada 12 Mei 1914.
Baginda menitikberatkan pengajian bahasa Melayu dan baginda turut menyokong serta menaungi sendiri Badan Persuratan Bahasa Melayu. Perkara ini berlarutan sehingga idea penubuhan Balai Pustaka pada tahun 1956 di Kongres Persuratan Melayu di Johor Bahru menjadi pencetus di peringkat nasional serta sehingga kini ia masih kekal dan dinamakan sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga meneruskan pemerkasaan bahasa kebangsaan dengan baginda menyarankan agar sekolah satu aliran dapat diwujudkan serta bahasa kebangsaan harus dijadikan bahasa pengantar. Baginda sangat menitikberatkan bahasa kebangsaan agar semua kaum dapat hidup bersama dan memahami antara satu sama lain. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE'S CONTRIBUTIONS IN EMPOWERING BAHASA MELAYU
Johor Sultans and officials are English educated but their passion in fighting for Bahasa Melayu is high. In 1888 during the reign of Sultan Sir Abu Bakar, Dato' Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak as Sultan's advisor formed 'Pakatan Belajar- Mengajar Pengetahuan Bahasa' in Johor Bahru with the aim of instilling the spirit to learn and write in Bahasa Melayu.
Johor's contributions in Malay education were also evident under Sultan Sir Ibrahim's reign with the births of several Malay intellectuals and works such as the 'Penokok dan Penambah' grammar book (1939) and 'Jalan Bahasa Melayu' (1937). Sultan Sir Ibrahim wanted Bahasa Melayu to be empowered and His Majesty wanted it to be Johor's official language before signing an agreement on 12 May 1914.
His Majesty put an emphasis on Bahasa Melayu education and also supported and led a group called Badan Persuratan Bahasa Melayu. It was ongoing until the founding of Balai Pustaka in 1956 during a Malay Literary Congress in Johor Bahru, which went to the national level where it has remained since and renamed as the Institute of Language and Literature.
HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has also continued empowering the national language with His Majesty calling for single stream schools to be formed and the national language be an intermediary language. His Majesty has also emphasised a lot on the national language so that all races can live together and understand each other. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan