Langkau ke kandungan utama

10 pemain MISC-MIFA ikat Kedah

PEMAIN Kedah, Syazwan Zainon (kanan) diasak jentra MISC-MIFA Youwarasan

PEMAIN Kedah, Syazwan Zainon (kanan) diasak jentra MISC-MIFA Youwarasan Maniom dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Air Asia, Petaling Jaya hari ini.- BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tampak mustahil, namun MISC-MIFA membuktikan mereka tidak berdepan masalah biarpun penyerang Kpah Sherman dari Liberia dibuang padang untuk bangkit mengikat Kedah 2-2 dalam perlawanan keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Air Asia, sebentar tadi.
Skuad Lang Merah hampir memungut 3 mata penting namun dikecewakan dengan jaringan penyamaan oleh pemain tengah MISC-MIFA, R. Barath Kumar ketika masa penuh permainan berbaki 8 minit.
Terdahulu Sandro da Silva dari Brazil meletakkan Kedah di depan pada minit ke-31, disusuli layangan kad merah kepada Sherman di penghujung babak pertama.
Begitupun, penyerang skuad The Indian, Imam Seydi yang dipinjamkan dari Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke-52, sebelum pemain tengah Abdul Halim Saari meletakkan Kedah di depan semula empat minit berselang.
Keputusan tersebut menjadikan peluang bagi semua pasukan dalam Kumpulan C terbuka untuk mara ke peringkat suku akhir selepas MISC-MIFA unggul dengan 7 mata, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) (6 mata), Kedah (5 mata) dan Kelantan (4 mata).
Sementara itu, Melaka United mendaki ke anak tangga kedua dengan enam mata selepas meraih kemenangan sulung apabila membelasah PDRM 6-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Hang Jebat.
Skuad bimbingan E. Elavarasan meninggal PDRM jauh ke belakang di babak pertama oleh sepakan penalti Ifedayo Olusegun pada minit ke-11, diikuti jaringan gandaan Syarul Azwari (m-13 dan 44).
Memasuki separuh masa kedua, PDRM ditimpa malang setelah dua pemainnya mengutip dua kad merah pada minit ke-48 dan 52, sekali gus membolehkan Melaka melebarkan jurang gol menerusi Shahdan Sulaiman pada minit ke-53, Yahor Zubovich (m-57 dan 70).
PDRM yang juga tercorot dalam Kumpulan B dengan pungutan 1 mata, meraih gol saguhati pada minit ke-86 hasil jaringan Nabil Latpi.- UTUSAN ONLINE
Bermain 10 orang selepas Kpah Sherman dilayangkan kad merah langsung tidak mematahkan semangat anak buah K.Devan untuk bangkit memberi saingan kepada pasukan Kedah selepas ketinggalan 2 kali.
Kedah hampir memungut 3 mata penuh di Stadium Air Asia MBPJ sebentar tadi namun dikecewakan dengan jaringan penyamaan oleh R.Barath Kumar pada 10 minit terakhir babak permainan.
Bekalan 1 mata berjaya dibawa pulang oleh pasukan Kedah dari bumi Selangor. Kedah kini berada pada kedudukan ke-3 kumpulan C selepas 4 perlawanan dengan memungut 5 mata.
Semua pasukan dalam Kumpulan C masih berpeluang untuk mara ke peringkat suku akhir selepas MISC-MIFA dan Kedah masing-masing terikat 2-2 pada perlawanan keempat dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Ulasan