Masharakat Bola's latest article highlights factors dreamed of by young Malaysian players. Loosely, 'JDT' represents three following consonants, Jana (Source), Destinasi (Destination), Tangga (Ladder).
J-D-T, TIGA KONSONAN YANG MENYEBABKAN PEMAIN MUDA MEMILIH JDT!
Pemain muda adalah penyambung nyawa dan nafas bagi Skuad Bolasepak negara. Namun kehadiran pemain muda banyak di abaikan oleh pasukan-pasukan di Malaysia. Mari kita lihat beberapa faktor yang diimpikan oleh pemain Muda Negara.
1) "JANA" pendapatan yang setimpal dengan prestasi disamping perlindungan dan kebajikan terjamin.
Masalah utama pengurusan pasukan di Malaysia dan perlu penambahbaikan dengan segera adalah perlindungan dan kebajikan pemain.
Masa kini, Kelihatan hanya Johor Darul Ta'zim(JDT) yang menitik beratkan kebajikan pemain dan menjadikan perkara ini tangga paling utama. Para pemain di JDT sentiasa di jaga dan di lindungi dari setiap aspek. Yang pasti, JDT tidak akan membenarkan sama sekali 'Jembalang Tanah' wujud di dalam pasukan. Gaji dan elaun di bayar setimpal seiring prestasi dan sumbangan mereka pada pasukan. JDT juga tidak akan melepaskan tanggungjawab sekiranya mereka dilanda kecederaan masa panjang seperti Marcos Antonio (ACL) dan menerima hukuman serius seperti Farizal Marlias (digantung selama 12 bulan), Gary Stephen robbat (digantung 6 bulan dan diberi latihan 3 bulan di BVB). JDT juga memberi peluang bagi pemain yang mempunyai potensi tetapi diabaikan seperti yang berlaku pada Rozaimi apabila cedera setahun, seperti tiada peluang meneruskan kerjaya lalu bekerja sebagai tukang gunting rambut namun kembali ditunjukkan jalan oleh TMJ apabila menerima Rozaimi ke Kem JDT. Dengan perkara-perkara tersebut, membuatkan para pemain yakin sentiasa dilindungi dan di hargai apabila berada dalam pasukan JDT.
2) "DESTINASI" impian kerana pengurusan yang efisyen, fasiliti bertahap dunia dan penyokong yang menyokong tanpa prejudis.
Pada masa ini, Kelab Johor Darul Ta'zim(JDT) adalah kelab yang menjadi destinasi impian setiap pemain di dalam negara. Menyarung jersi merah biru adalah satu kejayaan dan penghormatan dalam karier setiap pemain bolasepak di Malaysia. Realitinya, JDT adalah indikator hala tuju paling tinggi di liga tanah air dalam karier sebagai pemain bolasepak.
Pemain yang menyarung jersi JDT bertuah kerana dapat merasai nikmat sebenar kerjaya sebagai pemain bolasepak profesional. Pengurusan efisyen dan efektif serta fasiliti yang bertaraf antarabangsa menjadikan pemain lebih dihargai. Pemain JDT juga amat bertuah kerana dikelilingi oleh penyokong yang akan menyokong tanpa prejudis, tidak kira menang atau kalah.
3) "TANGGA" bagi pemain muda merasai bermain di peringkat yang lebih tinggi.
Maka tidak hairanlah, pada masa ini, JDT satu-satunya kelab yang menjadi buruan dan cita-cita para pemain muda di Tanah air. Ini terbukti sekiranya melibatkan perlawanan bersama Pasukan JDT dan dihadiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor , pemain-pemain ini berusaha sedaya upaya menunjukkan prestasi dan kebolehan masing-masing 200% melebihi dari kebiasaan supaya menarik perhatian DYAM Tunku Mahkota Johor .
Mereka tahu, sekiranya dipilih menyarung jersi JDT, mereka dapat merasai bermain di kejohanan yang lebih tinggi. Sesuatu pengalaman yang tidak boleh didapati dengan mana-mana pasukan di Malaysia.
J-D-T!!!!
Ulasan
Catat Ulasan