Langkau ke kandungan utama

JDT, Selangor, Pahang berdepan laluan sukar

BEKAS pemain kebangsaan dan Selangor, Azman Adnan ketika membuat

BEKAS pemain kebangsaan dan Selangor, Azman Adnan ketika membuat undian dalam Majlis Undian Unifi Piala Malaysia 2018 di Damansara Perdana, semalam. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 30 Julai – Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan selepas diundi dalam Kumpulan C bersama juara lima kali Kedah, juara dua kali Kelantan dan MIFA.
Pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara di sini, hari ini, juara 33 kali, Selangor turut berdepan laluan getir selepas diundi dalam Kumpulan D bersama juara Piala FA 2018 Pahang, PKNP FC dan Sabah.
Naib juara Liga Super 2018, Perak yang muncul juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, meraih laluan selesa selepas diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Terengganu FC, Kuala Lumpur dan naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC.
Juara Liga Premier 2018, Felda United pula mengetuai cabaran Kumpulan B melibatkan tiga pasukan lain iaitu PKNS FC, Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelas pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air itu.
Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 dijadual berlangsung dari 4 Ogos hingga 16 Sept ini, dengan dua pasukan teratas setiap empat kumpulan layak ke suku akhir yang menggunakan format timbal balik. – BERNAMA

Ulasan