Langkau ke kandungan utama

JDT rangkul kejuaraan Liga Super kali kelima berturut-turut

PARA pemain JDT meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut set

PARA pemain JDT meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut setelah menewaskan Perak 2-1 di Ipoh malam tadi.
KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila terus melakar sejarah baharu dalam Liga Malaysia (Liga M) setelah menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut.
Kejayaan itu hadir sejurus kemenangan 2-1 ke atas Perak selepas dua gol skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh Haris Harun dan Safawi Rasid, manakala gol sagu hati The Bos Gaurus hadir menerusi Mohammad Nor Hakim Hassan.
JDT juga mengesahkan bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan selepas mempertahankan gelaran juara sejak 2014 berbaki empat lagi perlawanan Liga Super musim ini.
Dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh itu, kejayaan skuad Harimau Selatan tersebut tidak datang de­ngan mudah selepas mereka terlebih dahulu dibolosi gol awal daripada Nor Hakim pada minit ke-72.
Namun, JDT menunjukkan karakter sang juara apabila Safawi berjaya menyamakan kedudukan berselang tiga minit gol pertama Perak sebelum Haris meledak jaringan kemenangan pada minit ke-83.
Sementara itu, Melaka United me­lakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas Kedah di Stadium Hang Jebat.
R. Gopinathan muncul wira Me­laka United apabila meledak dua gol buat skuad E. Elavarasan, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga ketujuh Liga Super.

Ulasan