INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | LARGE-SCALE CELEBRATIONS ARE A TRADITION IN THE STATE OF JOHOR

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SAMBUTAN BESAR-BESARAN SATU RESAM DI NEGERI JOHOR
Sambutan secara gilang-gemilang adalah sebahagian daripada kebiasaan di negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Tidak kira diperingkat istana mahupun kerajaan, keraian pasti dilakukan secara besar-besaran kerana sudah menjadi resam di negeri Johor apatah lagi bagi meraikan kejayaan ataupun kemenangan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, sambutan sempena hari kemahkotaan baginda pada tahun 1886 disambut dengan meriah. Begitu juga pada kemahkotaan Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail dan Sultan Ibrahim sekarang. Kesultanan Johor sejak dahulu mahu sejarah yang jarang berlaku ini dapat disaksikan dan diturut serta oleh semua lapisan masyarakat.
Pada tahun 1955, Almarhum Sultan Sir Ibrahim berkenan menyediakan siaran langsung di televisyen yang mana itu adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Tanah Melayu ketika itu sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan 60 tahun baginda. Kemahkotaan Almarhum Sultan Sir Ismail pada tahun 1960 juga mengambil pendekatan yang sama agar siaran tersebut memberi peluang rakyat menyaksikan istiadat dengan lebih dekat.
Kini, sambutan gilang-gemilang kejuaraan lima kali berturut-turut pasukan kelab bolasepak JDT memenangi Liga Super Malaysia 2018 bukan lah suatu perkara yang baru dan janggal. Kemeriahan yang direncanakan melibatkan kepelbagaian budaya masyarakat di Johor ini akan memastikan setiap lapisan masyarakat bersama-sama meraikan kejayaan ini. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | LARGE-SCALE CELEBRATIONS ARE A TRADITION IN THE STATE OF JOHOR
Huge celebrations are part of the norms in Johor since a long time ago. Whether at the level of the palace or the government, celebrations are definitely done in a large scale because it has become customary in Johor especially to celebrate success or victory.
During the reign of Sultan Sir Abu Bakar, celebrations in conjunction with His Majesty's coronation in 1886 were done in style. Likewise during the coronations of Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail and Sultan Ibrahim. The Johor Sultanate has always wanted historic moments to be witnessed and followed by all walks of life.
In 1955, Almarhum Sultan Sir Ibrahim provided a live broadcast on television, which was the first of its kind in Malaya, of His Majesty's diamond jubilee celebrations. In 1960, Almarhum Sultan Sir Ismail also took the same approach so that the broadcast gave people an opportunity to witness ceremonial customs closer.
Now, the fifth consecutive glittering celebration of JDT FC winning the 2018 Malaysian Super League is not something new and odd. The planned excitement involving all walks of life in Johor will ensure everyone in the community celebrates the success together. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan