100 HARI SELEPAS TMJ MENGUNDUR DIRI, APA KHABAR BOLASEPAK MALAYSIA??
25 Mac 2018, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pada tarikh tersebut, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
Sepanjang tempoh berkhidmat, TMJ dikelilingi oleh sekelompok golongan yang mengawal Media massa dan tabloid dan menjadikam medium itu sebagai pengantara dan watak penting dalam menyerapkan rasa benci dan pandangan negatif.
Pada tarikh tersebut, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
Sepanjang tempoh berkhidmat, TMJ dikelilingi oleh sekelompok golongan yang mengawal Media massa dan tabloid dan menjadikam medium itu sebagai pengantara dan watak penting dalam menyerapkan rasa benci dan pandangan negatif.
Kebencian mereka ke atas segala usaha FAM dilihat lebih terarah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, sehingga mengakibatkan kepimpinan barisan baru FAM turut di kritik teruk. Apabila Tunku melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM, perkara ini seakan satu kejayaan kepada mereka.
“Kehilangan permata berkilau”
Realitinya, Malaysia amat kerugian apabila Tunku mengundurkan diri. Bolasepak tanah air dilihat berada didalam landasan yang betul dan kelihat lebih teratur. Namun akibat kesombongan segelintir peminat bolasepak tanah air, perkara ini tidak dapat diteruskan dan direalisasikan.
Sewaktu TMJ berada di dalam FAM, beberapa perkara yang sempat baginda laksanakan dan dapat dinikmati oleh setiap pasukan yang bertanding. Antaranya ialah setiap pasukan di Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan di Liga Premier Malaysia. Dana ini adalah hasil daripada perjanjian termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dana ini dapat menyelamatkan pasukan yang bermasalah seperti Kelantan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam Liga super 2018.
Tidak dilupa juga, sebelum Liga Malaysia membuka tirai pada musim 2018, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah berkolaborasi bagi menaja Liga Malaysia dengan perjanjian yang bernilai RM480 juta bagi tempoh 8 tahun.FMLLP juga telah menandatangani perjanjian Kerjasama Ekslusif diantara FMLLP dan Iflix dengan nilai perjanjian bernilai minima RM100 juta selama 10 tahun untuk diedarkan kepada pasukan bertanding. Jumlah penajaan akan meningkat seiring dengan peningkatan subscribers Iflix. Dengan kerjasama ini kesemua perlawanan bola sepak Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung di atas talian.
"Perbezaan antara kepentingan politik dan keikhlasan penambahbaikan taraf bolasepak Tanahair"
Bola sepak dan Politik tidak boleh dicampur adukkan. Namun sejak TMJ berada di tampuk tertinggi di Badan Induk Negara dan menyingkirkan serta menyahaktifkan dakyah-dakyah politik dalam FAM, berbagai individu muncul dan lantang menyuarakan pendapat. Imbas kembali, pernah seorang ahli politik veteran dari Sabah yang tidak mengenal sukan bolasepak juga berani dan lantang menegur, kritikan yang dibuat seolah-olah memperlekehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh TMJ.
“Badut Yang Hilang"
Di waktu itu, muncul beberapa individu dikalangan pemain era emas dan berstatus lagenda seperti Khalid Ali dan Dato Jamal yang saban hari mendapat liputan besar di akhbar-akhbar tanah air. Lontaran idea yang kononnya ikhlas menjadi modal cerita di muka penting bahagian sukan. Setelah TMJ meletakkan jawatan, semua individu ini seaakan hilang dari radar.
“ Hari ini kahwin takkanlah besok dapat anak???”
Itu antara ayat yang begitu popular dan sinonim di waktu kerajaan Malaysia Baharu ini. Ini adalah contoh minda rakyat Malaysia berada didalam kitaran yang positif. Namun begitu pelik kenapa ungkapan ini tidak digunakan semasa TMJ memegang tampuk kerusi Presiden FAM. Ultas Malaya (UM09) juga kelihatan hilang identiti sebagai penyokong tegar dan setia apabila ada gerak langkah yang “membangsatkan FAM” di waktu itu.
Kata-kata akhir Tunku semasa saat-saat melepaskan jawatan tersebut adalah,
"SAYA ibarat seekor harimau yang tidak patut berkhidmat untuk kambing biri-biri, Harimau dan kambing biri-biri tidak boleh duduk bersama. Harimau boleh berkhidmat dengan harimau sahaja,” DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Akhirnya, atas segala apa yang terjadi masa kini, bolasepak Malaysia kelihatan suram, laman rasmi FAM yang dahulunya mampu mencapai beribu-ribu ‘likers’ dan ‘pengkritik tetap’ setiap posting kelihatan hambar dan tidak bermaya setelah ketiadaan TMJ. Jelas, DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menjadi pencetus populariti nombor satu dalam inovasi kemeriahan bola sepak Tanah air. Tanpa usaha DYAM Tunku Mahkota Johor dan ketiadaan JDT di liga Malaysia, liga tanah air bakal menjadi seperti ‘ Hidup Segan Mati pun tak mahu!’
Saya akhiri penulisan yang setelah sekian lama tidak dapat saya tuliskan dengan satu ungkapan,
‘100 HARI? APA KHABAR BOLASEPAK MALAYSIA”
Kredit artikel : Masharakat Bola
https://www.facebook.com/1972256233030698/posts/2071804903075830/
https://www.facebook.com/1972256233030698/posts/2071804903075830/
———
100 DAYS AFTER TMJ STEPS DOWN. HOW IS MALAYSIAN FOOTBALL?
A Masharakat BOLA article touches on the 100 days after HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, resigned as President of the Football Association of Malaysia (FAM) on 25 March 2018. Throughout the time holding the position, His Royal Highness was surrounded by a group of people who controlled the mass media and tabloids, using the medium as a mediator and an important character in inciting hate and negative views.
Their hatred for the FAM's every effort was directed more towards His Royal Highness, resulted in the leadership of the FAM's new line-up being criticised. In reality, Malaysia suffered when His Royal Highness stepped down because Malaysian football was seen on the right track and looked more organised. Among the initiatives were every team in the Malaysian Super League would receive RM3 million and RM1 million for every team in the Malaysian Premier League. The funds were the result of the most expensive agreement in Malaysian football history.
Before the M-League kicked off the 2018 season, Telekom Malaysia Berhad (TM) and Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) collaborated to sponsor the M-League with a deal worth RM480 million for eight years. FMLLP also signed an exclusive partnership agreement between FMLLP and Iflix with a minimum worth of RM100 million for 10 years to be distributed to competing teams.
HRH Crown Prince of Johor's final words during the resignation were as follows;
"I am like a tiger who should not be serving sheep. Tigers and sheep cannot be together. Tigers can only serve tigers only,"
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan