"We have done the best preparations to face Melaka. The players' level of motivation is also positive. As usual, every match we set the same motivation and try to win all three points." -Raul Longhi

Kami sudah melakukan persiapan yang terbaik untuk menghadapi pasukan Melaka. Motivasi para pemain juga positif. Seperti biasa, dalam setiap perlawanan kami akan menetapkan motivasi yang sama dan cuba untuk memenangi tiga mata. Kami akan cuba memberikan sebaik mungkin aksi permainan dan mencipta gol kerana itu adalah perkara yang paling penting.
Saya sedar mengenai kehadiran pemain import baharu di Melaka. Tidak dinafikan beliau memang seorang penyerang yang hebat dan tangkas. Namun, saya yakin kami akan berjaya memenangi perlawanan ini dan membawa pulang tiga mata kerana mentaliti pemain yang sentiasa mahukan kemenangan.
Mengenai pemain tengah kami iaitu Syamer Kutty, beliau telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan. Beliau merupakan pemain muda yang bagus untuk kelab ini dan beliau juga sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap sesi latihan. Fadhli Shas pula akan menggantikan tempat Aidil kerana beliau tidak dapat diturunkan untuk perlawanan malam ini. Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Fadhli Shas.
Mengenai Safiq Rahim pula, beliau masih belum pulih dari kecederaan yang dialaminya. Namun dalam masa dua minggu lagi, saya yakin beliau sudah boleh kembali beraksi untuk pasukan. Selain Safiq, Gary turut mengalami kecederaan namun beliau akan memulakan sesi latihan dalam masa beberapa hari lagi.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
We have done the best preparations to face Melaka. The players' level of motivation is also positive. As usual, every match we set the same motivation and try to win all three points. We will give the best performance possible and create goals because those are the most important things.
I know that there's a new foreign player at Melaka. It cannot be denied that he is a great and fast forward. However, I'm confident we can win the match and bring home three points because the mentality of the players is to always win.
Regarding our midfielder Syamer Kutty, he has shown improvement game by game. He is a good young player for the club and he has always shown a high commitment level in every training session. Fadhli Shas will be replacing Aidil, who cannot play in tonight's match. We have high confidence on Fadhli Shas.
Regarding Safiq Rahim, he has yet to recover from his injury. But in two weeks' time, I'm confident he will return in action for the team. Besides Safiq, Gary has also picked up an injury but he should begin training in the next few days.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan