"Tonight's match is very important for us because we have a good chance after extending our lead over Pahang and Perak. The league is very important for us this season because as you all know, we will qualify for the ACL if we win it."

Pasukan kini berada dalam keadaan terbaik dan telah melakukan persiapan sebaiknya. Kami perlu kekal fokus kerana seperti semua sedia maklum, pasukan Pahang merupakan pasukan yang hebat dan pastinya ini akan menjadi perlawanan yang sukar lebih-lebih lagi mereka bermain di halaman sendiri. Oleh itu kami perlu melakukan yang terbaik.
Apa yang penting adalah kami tidak boleh memberikan mereka peluang yang mudah. Kami perlu memulakan perlawanan dengan fokus sehingga tamat masa perlawanan. Sekiranya kami mengikuti apa yang diarahkan oleh barisan kejurulatihan, saya yakin segalanya akan berjalan dengan baik.
Perlawanan pada malam ini amat penting bagi kami kerana kami mempunyai peluang yang cerah setelah berjaya menjarakkan lagi kedudukan dengan Pahang dan Perak. Liga ini amat penting bagi kami untuk musim ini kerana anda semua tahu dengan kemenangan ini, kami akan berjaya melangkah ke saingan ACL.
Sokongan para penyokong juga adalah amat penting bagi kami satu pasukan. Apabila kami berhadapan dengan satu perlawanan yang sukar, apa yang paling penting adalah sokongan dari para penyokong agar kami dapat mengutip tiga lagi mata kemenangan pada malam ini.
Natxo Insa, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
The team are in the best condition and have done the best preparations possible. We need to maintain our focus because like everyone knows, Pahang are a strong side and surely it will be a difficult match especially with them playing at home. So we need to do our best.
What's important is we do not give them easy chances. We need to start the match with full focus until the match ends. If we do according to instructions from coaches, I'm confident everything will go well.
Tonight's match is very important for us because we have a good chance after extending our lead over Pahang and Perak. The league is very important for us this season because as you all know, we will qualify for the ACL if we win it.
Fan support is also very important for us as a team. When we face a difficult match, the most important thing is the support from fans so that we can collect another three points tonight.
Natxo Insa, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan