“The successes and victories do not come from an individual's effort, as football is about teamwork, so no matter what the result will be, we as a team will accept it together.” -Farizal Marlias

Persiapan bertemu pasukan Pahang pada malam ini berjalan lancar. Pada saya, para pemain telah memberikan komitmen yang begitu baik ketika sesi latihan. Oleh itu kami berharap agar kami dapat menterjemahkan segala taktikal yang dirancangkan dalam perlawanan sebenar nanti. Apa yang penting adalah konsistensi dan komitmen setiap pemain tidak kira di dalam atau pun di luar padang.
Sudah pastinya kemenangan yang kami cari, tidak kira perlawanan menentang pasukan apa sekalipun. Tidak kira siapa antara kami yang diberi kepercayaan sebagai penjaga gol, kami perlu memberikan satu persembahan yang dapat membantu pasukan. Sesiapa sahaja yang diberi peluang dalam kesebelasan utama harus memberikan yang terbaik.
Kejayaan dan kemenangan tidak datang dari hasil kerja individu, kerana bola sepak terbentuk dari satu pasukan, oleh itu apa sahaja keputusan kami sebagai satu pasukan harus sama-sama menerimanya. Kami juga sedar bahawa perlawanan malam ini merupakan perlawanan yang penting. Oleh itu kami perlu memastikan mental dan fizikal berada dalam keadaan terbaik.
Saya juga berharap semua penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat memenuhi setiap penjuru stadium dan memberikan sokongan kepada kami. Kami amat memerlukan sokongan anda kerana tanpa anda siapalah kami. Tidak kira menang atau kalah, kita perlu sentiasa bersama. Saya harap semua penyokong dapat hadirkan diri.
Farizal Marlias, Penjaga Gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
The preparations to face Pahang tonight are going well. To me, the players have given their best commitment in training. So we hope we can showcase the tactics we have planned in the match. The important things are consistency and commitment of every player whether on or off the pitch.
Of course we're looking to win, no matter who our opponents are. Regardless of which of us gets trusted to be the goalkeeper, we need to give a performance that can help the team. Whoever getting an opportunity to be in the starting line-up must give their best.
The successes and victories do not come from an individual's effort, as football is about teamwork, so no matter what the result will be, we as a team will accept it together. We also know tonight's match is an important one. So we need to ensure our physical and mental conditions are at the best level.
I also hope all Johor Darul Ta'zim FC (JDT) fans will fill the stadium to the brim and give their support to us. We really need your support because without you, who are we? Regardless of victory or defeat, we need to stick together. I hope all fans will turn up.
Farizal Marlias, Johor Darul Ta'zim FC Goalkeeper

Ulasan