THE JOHOR MONARCHY HAS NEVER TAKEN FROM THE PEOPLE

KESULTANAN JOHOR TIDAK GUNA WANG RAKYAT
Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1899 telah mendermakan gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor yang memerlukan.
Usaha ini kemudian diteruskan dan diselaraskan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di mana dana tersebut disalurkan kepada satu tabung yayasan yang kini dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.
Malah, ketika Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 (1984-1989), kesemua gaji dan elaun yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diberikan kepada yayasan tersebut.
Yayasan Sultan Iskandar bukan sahaja membantu rakyat miskin, malah dana itu turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer.
Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada pengurusan perladangan sejak zaman Almarhum Sultan Sir Ibrahim sehingga kini, dan beberapa perniagaan yang lain termasuk hartanah.
Sultan Johor kini, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut mempunyai yayasan sendiri bertujuan memberi bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.
Dana untuk yayasan berkenaan adalah sumbangan daripada semua elaun diraja yang diterima Baginda.





Ulasan