“Terengganu are a strong side and I believe the match will be among the tough matches for us. They have a strong midfield and a good offence.” -Raul Longhi

Pasukan Terengganu merupakan sebuah pasukan yang kuat dan saya percaya perlawanan ini akan menjadi antara perlawanan yang sukar bagi kami. Mereka mempunyai barisan tengah yang kuat dan penyerang yang baik.
Walaubagaimanapun, kami perlu memenangi perlawanan ini dan memungut tiga lagi mata. Kami yakin sekiranya kami memberikan sepenuh komitmen, segalanya akan berjalan lancar.
Kami akan cuba untuk memenangi perlawanan ini dengan mentaliti yang terbaik. Kini kami berada di kedudukan teratas dengan kelebihan 10 mata mendahului pasukan Perak. Namun begitu, kami tetap perlu memenangi perlawanan ini dan selepas itu kami perlu memberi tumpuan pula kepada perlawanan bertemu pasukan Melaka. Apa yang penting para pemain perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk perlawanan malam ini.
Buat masa ini, hampir semua pemain berada dalam keadaan terbaik. Lebih-lebih lagi mereka telah berehat beberapa hari sempena sambutan perayaan Aidilfitri. Oleh itu, kebanyakan pemain kami kini berada dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik. Namun begitu, ada beberapa pemain yang masih sedang berusaha pulih dari kecederaan iaitu Safiq Rahim dan Gary Steven Robbat.
Saya amat berharap para penyokong dapat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Selatan pada malam ini kerana ini merupakan perlawanan yang penting. Para pemain juga amat memerlukan sokongan anda. Semestinya saya akan menurunkan barisan kesebelasan utama yang terbaik untuk memberikan saingan hebat buat pasukan Terengganu.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
——
Terengganu are a strong side and I believe the match will be among the tough matches for us. They have a strong midfield and a good offence.
However, we need to win this match and pick up another three points. We are confident if we give full commitment, everything will go well.
We will try to win this match with the best mentality. Right now we are at the top with an 10-point advantage over Perak. However, we still want to win this match and then we will need to focus on our match against Melaka. What's important is the players give their full focus for tonight's match.
Currently almost all the players are in the best condition. More so after they rested for several days due to Aidilfitri celebrations. So, most of our players are in the best physical and mental conditions. But there are players who are still recovering like Safiq Rahim and Gary Steven Robbat.
I hope the fans will be in attendance to support the Southern Tigers tonight because it is an important match. The players also need your support very much. I will field the best starting line-up to give a good challenge to Terengganu.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan