“Regarding this season's league championship, I don't want to talk about it yet because I just want to talk about the next match, which will be against Perak. It will be a very difficult match and I will focus on the match for now.“

Secara keseluruhan, apa yang dapat saya katakan adalah pasukan telah bermain dengan lebih baik di separuh masa kedua berbanding pada separuh masa pertama. Ini kerana pada separuh masa kedua, mereka telah bermain sepertimana cara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu menguasai bola dan juga berada di posisi masing-masing. Bagi saya, para pemain telah bermain dengan cukup sempurna pada separuh masa kedua.
Bercakap mengenai pasukan Melaka, barisan pertahanan pasukan mereka amat bagus pada separuh masa pertama sehingga kami tidak mempunyai peluang untuk mencipta gol. Barisan penyerang mereka juga amat berbahaya serta telah menimbulkan masalah buat barisan pertahanan kami. Namun selepas kami mengubah corak taktikal kami pada separuh masa kedua, baharulah kami berjaya menguasai permainan.
Mengenai kejuaraan liga musim ini, saya tidak mahu memperkatakannya dahulu kerana saya hanya mahu memperkatakan mengenai aksi seterusnya iaitu perlawanan bertemu pasukan Perak. Ia merupakan satu perlawanan yang amat sukar dan saya akan memberi tumpuan mengenai perlawanan itu sahaja buat masa sekarang. Apa yang penting adalah kami akan cuba memenangi semua perlawanan kerana JDT merupakan sebuah kelab yang besar, kami perlu menang tidak kira apa sekalipun.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
Overall what I can say is the team played better in the second half than they did in the first half. It was because in the second half, they played the Johor Darul Ta'zim FC (JDT) way, controlling the ball and being in their respective positions. For me, the players played perfectly in the second half.
Talking about Melaka, their defence was very good in the first half until we had no chance of creating goals. Their forwards were also very dangerous and caused problems for our defenders. However, after we changed our tactics in the second half, we controlled the game.
Regarding this season's league championship, I don't want to talk about it yet because I just want to talk about the next match, which will be against Perak. It will be a very difficult match and I will focus on the match for now. What's important is we will try to win every match because JDT are a big club, we need to win no matter what.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan