“Personally, it does not matter which political party you come from. What’s important and tantamount is the sovereignty of Johor and the welfare of the people.“ HRH Crown Prince of Johor
Kelmarin saya berjumpa dengan seseorang daripada pihak media. Kami berbual perkara-perkara biasa dan beliau memberitahu saya yang beliau ada terdengar seorang penyokong JDT mengatakan sebab mengapa tidak ramai datang ke stadium adalah kerana saya mempunyai pendapat politik yang berbeza dan mereka tidak suka kenyataan yang saya buat sewaktu sebelum pilihan raya.
Pada saya, semua orang mempunyai hak atas pandangan atau pendapat mereka sendiri. Sebagai contoh, saya dengan kerajaan lama mempunyai hubungan kerja yang baik. Dan kini dengan kerajaan baru juga saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda boleh tanya sendiri Menteri Besar, Exco Sukan, Exco Agama dan semua pegawai kerajaan.
Pada saya, saya tidak peduli dari parti politik mana anda datang. Yang penting Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor adalah keutamaan. Mereka juga harus memahami bahawa mereka tidak berkhidmat kepada ideologi parti politik, sebaliknya mereka berkhidmat kepada rakyat. Oleh itu, jikalau seorang penyokong bola sepak itu tidak dapat membezakan antara politik dan sukan, itu bukan masalah saya. Anda tidak boleh terlalu obses dan mencampurkan politik dengan segala-galanya. Tidak kira apa yang berlaku, Johor mesti didahulukan, sentiasa didahulukan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
————
I had recently met with someone from the media and we were casually talking about general issues. One thing he mentioned to me was that he had heard from a JDT fan that the reason why people are not coming to the stadium that much compared to before is due to the fact that I have a different political opinion. Adding to this, I was also informed that they didn’t like the statement I made prior to the elections.
To me, everyone has the right to their own views and opinions. For me, I had a good relationship with the previous administration and currently, I also have a good working relationship with the new administration. I’m sure you can verify this with the Chief Minister, the Exco for Islamic Affairs, the Exco for Youth, Sports and Culture and all other government officers.
Personally, it does not matter which political party you come from. What’s important and tantamount is the sovereignty of Johor and the welfare of the people. They all need to remember that they do not serve the ideology of a political party but rather, the people. Having said this, if a fan can't differentiate between politics and sports, that's not my problem. You can't be too obsessed and link politics to everything. No matter what happens, Johor must be prioritised. Always prioritised.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Allah Peliharakan Sultan
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan