“Our advantage is when given the chance to play, we will give our best and fight hard to retain the respective positions. If asked about JDT's secret in every match, it is every match we face we think of it like a final match.”

Sememangnya daripada awal kami fokus kepada kemenangan. Dan semestinya kami mahu memenangi setiap perlawanan. Seperti yang pernah dikatakan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini bahawa kami mempunyai tiga perlawanan yang penting iaitu perlawanan bertemu Perak, Pahang di Larkin, dan Pahang di Kuantan.
Alhamdulillah, kami telah pun melakukan yang terbaik untuk melangkah sejauh mana yang boleh. Selepas ini juga kami masih mempunyai perlawanan yang agak sukar iaitu perlawanan bertemu Perak dan Kedah. Kami tidak boleh mengambil mudah dan memandang rendah dalam mana-mana perlawanan walaupun kami mempunyai kelebihan 11 mata dalam liga. Perjalanan akan tetap diteruskan dan kami akan sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.
Kelebihan kami adalah apabila diberi peluang bermain, kami akan bermain dengan sehabis baik dan berjuang bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kedudukan masing-masing. Jika ditanya apakah ramuan JDT dalam setiap perlawanan, ia adalah setiap perlawanan yang kami hadapi kami anggap ia sebagai perlawanan akhir.
Aidil Zafuan, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
From the start, our focus was to win. And of course we want to win every match. Like what HRH Crown Prince of Johor once said, we had three important matches, which were against Perak, Pahang in Larkin, and Pahang in Kuantan.
Alhamdulillah, we did our best to go as far as we could. After this we will still have a few quite difficult matches, which will be against Perak and Kedah. We cannot take it easy and underestimate any matches despite having an 11-point lead in the league. The journey must continue and we must stay focused in every match.
Our advantage is when given the chance to play, we will give our best and fight hard to retain the respective positions. If asked about JDT's secret in every match, it is every match we face we think of it like a final match.
Aidil Zafuan, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan