Langkau ke kandungan utama

Liga Super hampir menjadi milik JDT

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Marquez (kanan) bersorak
PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Marquez (kanan) bersorak bersama rakan sepasukannya Fernando Elizari selepas kejayaannya menjaringkan gol pertama untuk Harimau Selatan dalam aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN


KUALA LUMPUR 26 Jun - Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut selepas skuad kendalian Raul Longhi itu membelasah Melaka United 4-0 di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.
Skuad Harimau Selatan boleh mengesahkan kejuaraan liga lebih awal sekiranya mereka berjaya menewaskan Perak dalam aksi seterusnya pada 11 Julai ini walaupun saingan masih berbaki empat perlawanan.
Ketika ini JDT mengungguli carta dengan 44 mata berkelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat mereka iaitu Perak.
Dalam perlawanan tersebut, JDT terpaksa menanti hingga minit ke-40 untuk menembusi gawang lawan hasil jaringan Fernando Márquez diikuti tiga gol susulan menerusi percubaan Fernando Elizari pada minit ke-53, Safawi Rasid minit ke-64 dan Nazmi Faiz Mansor minit ke-90. - UTUSAN ONLINE

Ulasan