INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | FIRST MALAY RULER TO FORM MODERN MALAY GOVERNMENT

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | RAJA MELAYU PERTAMA MEMBENTUK KERAJAAN MELAYU BERKEMAJUAN
Kesultanan Johor moden mula terbentuk selepas perjanjian Persetiaan pada 10 Mac 1855 selepas pengakhiran kerajaan Johor-Riau-Lingga. Bermula dari pentadbiran Raja Temenggong Daeng Ibrahim yang penuh berwawasan tinggi, berpendidikan luas dan berpandangan jauh telah membentuk Kerajaan Johor yang baharu.
Landskap tanah besar Johor yang pada asalnya sebuah kawasan berhutan tebal ratusan tahun yang tidak ramai penghuninya mula berubah. Baginda telah membuka pusat pemerintahan Johor di Tanah Melayu yang pertama lengkap dengan mendirikan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan perbendaharaan, kesihatan, pendidikan, termasuk mahkamah dan balai polis.
Diteruskan oleh Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1862, baginda mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor dan mempertingkatkan sistem kerajaan di Johor dengan menubuhkan barisan kabinet menteri. Negeri Johor merupakan negeri yang pertama menggunakan gelaran Dato’ Menteri Besar. Baginda kemudiannya memperkemaskan lagi kerajaannya dengan penubuhan Jabatan Polis, Penjara, Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Jabatan Perubatan, Pos dan Pelajaran.
Kemuncaknya, Johor tampil sebagai negeri Melayu pertama memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaannya. Kemakmuran dari hasil pendapatan negeri Johor yang tinggi adalah bukti pemodenan kerajaan Johor yang seterusnya menjadi model kepada negeri lain dan juga semasa pembentukan Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | FIRST MALAY RULER TO FORM MODERN MALAY GOVERNMENT
The modern Johor Sultanate was formed after an agreement was signed on the 10th of March,1855 to end the Johor-Riau-Lingga government. It started with the administration of Raja Temenggong Daeng who was highly ambitious, educated and a visionary to form the new Johor government.
Johor's huge landscape, which was originally mostly jungles with few residents, began to change. His Majesty formed the Johor administrative centre in Malaya, the first with government offices involving treasury, health, education, including courts and police stations.
Continued by Sultan Sir Abu Bakar in 1862, His Majesty strengthened Johor's sovereignty and autonomy by forming a cabinet of ministers. Johor was the first state to use the Dato' Menteri Besar title. His Majesty then streamlined the government by introducing departments for police, jail, land and surveys, sea, Johor Arsenal, health, post and education.
Johor later emerged as the first Malay state with its State Constitution. The prosperity resulting from Johor's high income was proof that the modernisation of the Johor government became a model for other states and subsequently the formation of Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan