“Alhamdulillah, JDT picked up three more points to increase the lead at the top as league leaders. In my opinion, lately I have been playing in the starting line-up and it has indirectly increased my confidence on the pitch.” -Safawi Rasid

Alhamdulillah, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya memungut tiga lagi mata kemenangan untuk menjarakkan lagi kedudukan selaku pendahulu carta liga. Bagi pendapat peribadi saya sendiri, sejak kebelakangan ini saya kerap diturunkan sebagai kesebelasan utama dan ia secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan saya di dalam padang.
Saya juga tiada sebarang masalah dengan rakan sepasukan, kerana merekalah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang sesi latihan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sering memberi tunjuk ajar kepada saya. Barisan kejurulatihan juga banyak memberi peluang kepada pemain muda untuk menyerlahkan bakat masing-masing dan para pemain perlu mengambil peluang tersebut.
Tentang perlawanan ini, seperti semua sedia maklum saya memang berasal dari Terengganu dan sebelum ini beraksi untuk pasukan T-Team. Saya bermain bola sepak dengan lambang di dada, oleh itu saya perlu memberikan seratus peratus komitmen dan bersikap profesional sepanjang 90 minit perlawanan di atas padang, namun kami tetap berkawan ketika di luar padang.
Saya secara peribadi masih belum berpuas hati dengan corak persembahan yang dipamerkan kepada penyokong JDT dan saya mahu sentiasa mempertingkatkan lagi prestasi diri. Mengenai baki enam perlawanan lagi, kami satu pasukan akan memberikan fokus sepenuhnya untuk kesemua perlawanan ini. Sudah tentunya kami mahukan kemenangan dalam keenam-enam perlawanan ini.
Safawi Rasid, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
Alhamdulillah, Johor Darul Ta'zim FC (JDT) picked up three more points to increase the lead at the top as league leaders. In my opinion, lately I have been playing in the starting line-up and it has indirectly increased my confidence on the pitch.
I also have no issue with my team-mates because they have taught me a lot during training sessions. I also want to take this opportunity to thank them for always giving guidance to me. The coaches have also given many chances to young players to show their talents and the players must take these opportunities.
Regarding the match, as everyone knows, I was from Terengganu and previously played for T-Team. I play football for the badge on my chest, so I need to give 100% commitment and be professional throughout the 90 minutes on the pitch, but we are still friends off it.
Personally I am still not satisfied with the performances shown to JDT fans and I want to always improve myself. Regarding the remaining six matches, the team will give full focus on all matches. Without a doubt we want victories from all the six matches.
Safawi Rasid, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan