After concluding our research, the majority that wants HRH Crown Prince of Johor to leave JDT are fans outside the state of Johor. This is in line with our expectations and analysis data we had done earlier.

Selepas kami membuat kajian, dalam draf kami majoriti yang mahukan DYAM Tunku Mahkota Johor meninggalkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah penyokong dari luar negeri Johor dan bukan orang Johor. Ini sama dengan jangkaan kami dan juga analisis yang kami lakukan sebelum ini, iaitu untuk menghentikan dominasi JDT dalam liga tempatan adalah mereka perlu memecahbelahkan antara penyokong dan barisan pengurusan JDT. Ini mereka lakukan dengan harapan yang DYAM Tunku Mahkota Johor akan meninggalkan kelab.
Ini juga disebabkan kerana mereka tahu potensi bagaimana JDT boleh berkembang dengan pengaruh yang ada pada baginda. Jadi, mereka sedar selagi baginda berada di dalam kelab JDT, agak sukar untuk mereka berjaya. Dalam bola sepak dan juga dalam politik. Agenda mereka akan lebih mudah apabila Bangsa Johor berpecah belah. Buat masa ni maklumat yang kami terima iaitu ramai yang menyamar sebagai penyokong JDT atau rakyat Johor untuk melagakan bangsa Johor.
Kami berharap daripada kajian ini, rakyat Johor jangan mudah termakan umpan apabila terdapat orang luar yang sengaja ingin melaga-lagakan antara DYAM Tunku Mahkota Johor, penyokong, rakyat Johor dan juga Kelab Bolasepak JDT.
———-
After concluding our research, the majority that wants HRH Crown Prince of Johor to leave Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT) are fans outside the state of Johor. This is in line with our expectations and analysis data we had done earlier, that is, to stop JDT's domination of the local football league they would have to break apart the trust between fans and the management, in hopes that HRH Crown Prince of Johor leaves the club.
That is because they know the potencial of how JDT grew with the influence of His Royal Highness. So, they know that as long as HRH in in JDT, it would be imposssible for them to succeed. In football and also politics. Their agenda is easier achieved when Bangsa Johor crumbles. At this time, the information we have collected have shown many are masquerading as JDT fans or Bangsa Johor. So, for the time being they are hoping His Royal Higness leaves JDT.
We hope from this research, the Johor people does not get baited easily by outsiders who looking to cause a rift between HRH Crown Prince of Johor, the fans, the people of Johor and the JDT football club.

Ulasan