ACHIEVEMENTS AND AWARDS OF JOHOR DARUL TA'ZIM FC

PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN KELAB BOLASEPAK JDT
1. Akademi JDT-VALENCIA telah menjuarai kejohanan di 2018 JSSL INTERNATIONAL SOCCER 7’S dimana penyertaan tersebut turut disertai oleh kelab-kelab dunia antaranya dari Sepanyol, Jepun dan Eropah
2. Menjadi kelab pertama dalam Asia Tenggara memenangi Piala AFC 2015 dalam penyertaan pertama kelab di dalam kejuaraan Piala AFC
3. Menjulang 10 kejuaraan dalam tempoh empat tahun iaitu empat kali Liga Super Malaysia, satu kali Piala FA, tiga kali Piala Sumbangsih, satu kali Piala Malaysia dan paling utama ialah menjulang Piala AFC pada tahun pertama menyertai saingan tersebut.
4. Pasukan pertama dalam negara yang memenangi Kejuaraan Liga Super untuk empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.
5. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
6. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super untuk musim 2016
7. Komuniti penyokong JDT Menerima pengiktiran daripada FOX SPORTS ASIA sebagai Kelab Penyokong Terbaik
8. Merupakan kelab pertama dalam negara yang bersaing di pentas antarabangsa untuk kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) empat tahun berturut-turut dan turut beraksi di pentas AFC sejak tahun 2015.
9. Nama JDT terus kukuh di persada antarabangsa apabila DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab menerima undangan di luar negara antaranya persidangan World Football Summit 2016 di Sepanyol dan Money In Sport Conference 2016 Gold Coast, Australia.
10. JDT satu-satunya kelab yang berkolaborasi dan saling bekerjasama dengan kelab-kelab luar negara seperti dari Jerman (Borussia Dortmund), Eropah (Valencia, Spain), Jepun, Thailand dan lain-lain lagi.
11. Kelab Bolasepak JDT telah mendapat liputan media luar seperti media dari negara Jepun, China, Sepanyol, Thailand dan Indonesia mengenai kejayaan, prasarana, fasiliti JDT dan hubungan kerjasama yang telah dijalinkan bersama kelab.
12. Satu-satunya kelab dalam negara yang bukan sahaja menerima tajaan jersi dari Nike tetapi juga melibatkan penajaan dari segi dekorasi stadium dan juga pusat latihan JDT.
13. Kelab pertama diiktiraf dan mendapat lesen kelab dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekaligus menjadikan JDT kelab pertama dari Malaysia yang layak bertanding di peringkat tertinggi Asia.
14. Kelab bola sepak pertama memiliki fasiliti terbaik bertaraf antarabangsa dengan pembinaan pusat latihan di Padang Seri Gelam yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini seperti pusat latihan tertutup, gimnasium, bilik persalinan, kolam renang dan stadium sendiri.
15. Sentiasa menerima kunjungan daripada pihak luar negara yang kagum dengan Projek JDT.
16. JDT adalah satu-satunya kelab bola sepak dalam negara yang menerima Anugerah Khas pada tahun 2017 sepanjang penganjuran Anugerah Sukan Negara di atas kejayaan dan pencapaian yang dicapai oleh Kelab Bolasepak JDT selama ini.
17. Media Sosial JDT iaitu JOHOR Southern Tigers dan Official Johor merupakan media sosial paling popular dan ramai pengikut.
18. Menerima pengkitirafan daripada Malaysian Book Of Records dengan empat sijil pengiktirafan iaitu pasukan pertama menang Liga Super Malaysia empat tahun berturut-turut, rekod tanpa kalah Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim, rekod tanpa kalah Liga Super 2016, pasukan pertama di Asia Tenggara memenangi Piala AFC pada tahun 2015.
19. Kelab Bolasepak JDT menjadi yang pertama dalam rantau Asia Tenggara menerima pengiktirafan dari SUPERBRANDS dalam kategori kelab sukan dan barangan rasmi.
Selepas beberapa pencapaian kelab di dalam padang dan luar padang serta pengiktirafan di dalam dan luar negara, hanya di Malaysia sahaja yang mengatakan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim tidak profesional. Terima kasih
————
ACHIEVEMENTS AND AWARDS OF JOHOR DARUL TA'ZIM FC
1. The JDT-VALENCIA Academy won the 2018 JSSL INTERNATIONAL SOCCER 7's Championship. The championship had entries from international clubs from Japan, Spain and many other European countries.
2. Became the first club in Southeast Asia to win the AFC Cup in 2015 on their debut in the AFC Cup.
3. Lifted 10 trophies in 4 years, namely 4 Malaysian Super League titles, 1 FA Cup, 3 Charity Cups, one Malaysia Cup and, the most memorable of all, the AFC Cup in their first time participating in the competition.
4. First club in the country to win the Super League competition 4 seasons in a row for 2014,2015,2016 and 2017.
5. Have maintained an unbeaten record at the Larkin Stadium in the Super League for 5 seasons for 2013, 2014,2015,2016 and 2017.
6. Achieved an unbeaten season in the Super League in 2016.
7. JDT fan community received recognition from FOX SPORTS ASIA as the best fan club.
8. The first club in the country to compete on the international stage in the AFC Champions League (ACL) qualifiers for four years in a row and also played in the AFC Cup since 2015.
9. JDT's name is reaffirmed when HRH Crown Prince of Johor as the club's owner was invited to speak at international events such as The World Football Summit 2016 in Spain and Money in Sports Conference 2016 in the Gold Coast, Australia.
10. JDT are the only club in the country to collaborate and cooperate with international clubs such as Borussia Dortmond (Germany), Valencia (Spain), Japan, Thailand and many others.
11. JDT FC have received coverage from overseas media such as Japan, China,Spain, Thailand and Indonesia in regards to their success, facilities, development and the cooperations formed with other clubs.
12. The only club in the country to have received a sponsorship deal from Nike. That includes jerseys and decorations for the stadium and also the JDT training ground.
13. First club to be acknowledged and licenced by the Asian Football Confederation (AFC) making JDT the first Malaysian club to qualify to compete at the regional level.
14. First club to have international standard facilities with the completion of the Padang Seri Gelam Training Centre, which is equipped with the latest equipment, an indoor traning ground, a dressing room, a swimming pool and its own stadium.
15. Have received regular visits from people from overseas who are in awe of the JDT Project.
16. JDT are the only football club in the country to have received the 2017 Special Award for their achievements throughout the year.
17. JDT media pages JOHOR Southern Tigers and Official Johor are the most popular social media sites with many followers.
18. Have rceived recognition from the Malaysian Book of Records with 4 records: the first club to win the Malaysian Super League four times in a row, 5 unbeaten seasons at the Larkin Stadium in the Super League competition, an unbeaten record in 2016 in the Super League, and the first Southeast Asian club to win the AFC Cup in 2015.
19. JDT FC are the first club in Southeast Asia to receive recognition from SUPERBRANDS in the sports club and official merchandise categories.
Even with the achievements on and off the pitch including recognitions both local and internationally, only Malaysians say that Johor Darul Ta'zim FC are unprofessional. Thank you.

Ulasan