“What I do know and what I have seen is that there is no team better than JDT at the moment. JDT have won the league title for four seasons in a row.” -Harry Novillo

Ini merupakan perlawanan pertama saya, namun kami agak kurang bernasib baik apabila tidak berjaya membawa pulang kemenangan. Walaubagaimanapun, saya amat yakin pada perlawanan akan datang ia akan menjadi lebih baik. Saya percaya kepada rakan sepasukan saya serta barisan staf, dan segalanya akan berjalan lancar.
Apa yang saya tahu dan apa yang saya lihat adalah tiada pasukan yang lebih hebat dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) buat masa ini. JDT juga telah berjaya mengekalkan kejuaraan liga selama empat musim berturut-turut.
Antara faktor saya memilih JDT adalah kerana cita-cita. Ini merupakan perkara yang setiap pemain perlu ada di dalam karier mereka. Tekanan, penyokong, fasiliti, atmosfera yang baik, profesional dan saya rasa, hanya JDT di Malaysia yang memiliki kesemua ini. Saya memerlukannya dan saya akan berikan segalanya kepada JDT.
Liga Malaysia merupakan satu liga yang baik dengan masing-masing memberikan saingan yang hebat, saya suka perkara seperti ini. Saya juga mengetahui beberapa lagi perkara mengenai Liga Malaysia sebelum saya berada di sini.
Bercakap mengenai penyesuaian diri, seperti sedia maklum saya sebelum ini berada di United Arab Bersatu (UAE), iaitu sebuah negara Islam. Untuk menyesuaikan diri di sini, ia bukanlah berkenaan dengan agama, tetapi ia berkenaan dengan bagaimana orang lain dengan anda.
Apabila anda masuk ke bilik persalinan, anda merupakan seorang pemain yang baharu. Semua orang akan memerhati. Jika anda tidak bekerja keras untuk membuktikan tempat anda, tidak berusaha untuk membuktikan kepada rakan sepasukan bahawa anda mahu membantu mereka, di dalam mana-mana kelab sekalipun anda akan berhadapan dengan masalah.
Sekali anda berjaya menyesuaikan diri, segalanya akan berjalan dengan lancar. Kerana perlu diingat bahawa saya yang datang ke sini, oleh itu saya perlu mula menyesuaikan diri dan juga bekerja keras. Jika anda meminta masa selama enam bulan untuk menyesuaikan diri, anda tidak akan mempunyai masa untuk perkara tersebut.
Oleh itu, apa sahaja posisi perlawanan yang diarahkan jurulatih kepada saya, akan saya laksanakan. Seperti yang saya katakan, saya akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Tidak kira sama ada saya suka akan posisi tersebut ataupun tidak, ia adalah untuk pasukan dan saya akan lakukannya.
Harry Novillo, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
This was my first match but we were slightly unlucky not to take home a win. However, I am very confident in upcoming matches that things will be better. I believe in my team-mates and the staff, and everything will go well.
What I do know and what I have seen is that there is no team better than Johor Darul Ta'zim FC (JDT) at the moment. JDT have won the league title for four seasons in a row.
Among the factors I chose JDT is ambition. It is one thing every player needs to have in his career. Pressure, fans, facilities, good atmosphere, professionalism and I feel that only JDT have those in Malaysia. I need those and I want to give my all to JDT.
The Malaysian League is a good league with everyone providing a challenge, something that I like. I also know a few things about the Malaysian League before I came here.
Speaking of settling in, as you know I was previously in the United Arab Emirates (UAE), which is an Islamic country. To settle in here, it is not about religions, but it is about how others get along with you.
When you enter the dressing room, you are the new player. Everyone is watching. If you do not work hard to prove yourself, do not make an effort to prove to your team-mates that you will help them, you will face problems at any club.
Once you have settled in, everything will go well. Because bear in mind I am the one coming here, so I have to start settling in and working hard. If you take six months to settle in, you will not get the time for it.
So, whatever the position the coach wants me to play, I will do it. Like I have said, I will work hard. It does not matter whether I like the position or not, it is for the team and I will do it.
Harry Novillo, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan