“We need to focus on two more trophies, which are the M-League and the Malaysia Cup. Both are very important. This win was also very important for JDT, team-mates and fans.” -Nazmi Faiz

Alhamdulillah saya telah diberi kepercayaan untuk bermain dalam kesebelasan utama pada malam ini. Bagi saya banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dari pemain import dan juga pemain senior. Saya masih belum berpuas hati lagi dengan corak persembahan saya, dan masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki untuk masa akan datang.
Pada pendapat saya, ‘first touch’ Safawi pada ketika itu telah memberikan keyakinan kepada saya untuk melakukan serangan dan Alhamdulillah rezeki saya apabila percubaan saya berjaya menghasilkan gol. Bagi pendapat saya, kami perlu sentiasa memberikan seratus peratus dalam setiap perlawanan.
Kami perlu fokus kepada dua lagi piala iaitu saingan Liga Malaysia dan juga Piala Malaysia. Kedua-duanya amat penting. Kemenangan ini juga adalah amat penting untuk Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), rakan-rakan dan juga para penyokong.
Mengenai Safiq Rahim, bagi saya beliau merupakan seorang kapten dan ketua yang bagus. Saya tidak akan memandang rendah kepadanya. Beliau merupakan antara pemain lagenda di Malaysia dan juga di JDT. Dengan pengalaman, stamina dan corak permainan beliau, kami semua perlu menghormati beliau.
Nazmi Faiz, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
———
Alhamdulillah I was entrusted to play in the starting line-up tonight. For me there are still plenty for me to learn from the foreign players and seniors. I'm still not satisfied with my performance and there are many aspects that I need to fix in the future.
In my opinion, Safawi's first touch at that time gave me confidence to attack and Alhamdulillah it was my fortune as my attempt found the back of the net. For me, we need to always give 100% in every match.
We need to focus on two more trophies, which are the M-League and the Malaysia Cup. Both are very important. This win was also very important for Johor Darul Ta'zim FC (JDT), team-mates and fans.
Regarding Safiq Rahim, to me he is a good captain and leader. I will always look up to him. He is a legend in Malaysia and also in JDT. His experience, stamina and style of play should earn everyone's respect.
Nazmi Faiz, Johor Darul Ta'zim FC (JDT) Player

Ulasan