“We know after losing our foreign strikers, we would struggle because our mission is to push the team to get as many points as possible until we get our new strikers.” -Martin Prest

Kami amat gembira kerana jelas kami berjaya kekal fokus kepada misi kami yang paling utama iaitu pada pertandingan paling mustahak tahun ini.
Kami tahu selepas ketiadaan penyerang luar negara, kami akan berhempas pulas kerana misi kami adalah untuk memberi penekanan kepada pasukan untuk mendapatkan mata semaksimum mungkin sehingga kami mempunyai penyerang baru.
Walau bagaimanapun, tanpa penyerang import, JDT memperolehi 24 mata dengan memenangi 8 perlawanan daripada 9 perlawanan liga super setakat ini dengan jumlah 20 gol manakala bolos hanya 3 jaringan. Barisan kejurulatihan dan para pemain telah menunjukkan mentaliti yang tinggi sepertimana yang DYAM Tunku Mahkota Johor ingatkan untuk kami sentiasa kekal bersatu walaupun apa jua keadaan.
DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menasihati kami supaya sering fokus kepada agenda dan gambaran yang paling besar. Dan sejak dari awal musim, tumpuan tersebut sudah semestinya adalah terhadap pertandingan yang paling mustahak manakala yang lain-lain adalah perkara kedua.
Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
————
We are very happy because it is clear that we have maintained the focus on our main mission, which is on the most important competition this year.
We know after losing our foreign strikers, we would struggle because our mission is to push the team to get as many points as possible until we get our new strikers.
However, without foreign strikers, JDT have collected 24 points by winning 8 matches from 9 matches, scoring 20 goals and conceding just 3 goals. The coaches and players have shown a high mentality as reminded by HRH Crown Prince of Johor to us to always stay united regardless of what happens.
HRH Crown Prince of Johor has always advised us to focus on the agenda and the bigger picture. And since the start of the season, the focus is on the most important competition while the others are secondary.
Martin Prest, Johor Darul Ta'zim FC Sports Director

Ulasan