“We have had a very hectic schedule. However, I feel it is not a problem because all the players are in ready mode. It is a good thing for Johor Darul Ta'zim FC (JDT).”

Persiapan bertemu pasukan Selangor berjalan dengan lancar dan semestinya ini merupakan antara persiapan yang penting buat kami untuk memastikan tiga mata berjaya dipungut di halaman sendiri. Selepas pulih dari kecederaan dan selepas mengharungi dua perlawanan, kini saya berada dalam keadaan semakin baik dan saya berasa amat yakin.
Saya seratus peratus bersedia untuk perlawanan malam ini sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama. Fokus saya adalah untuk memenangi perlawanan ini dan berjaya memungut tiga mata. Pasukan Selangor mempunyai barisan pertahanan yang kuat. Namun saya yakin kami mampu mengatasi barisan pertahanan mereka dan tiada masalah untuk kami cuba untuk menjaringkan gol.
Kami mempunyai jadual yang amat padat. Namun begitu, saya merasakan ia bukan masalah kerana semua pemain berada dalam keadaan bersedia. Itu merupakan satu petanda baik untuk Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Saya juga tahu bahawa ramai penyokong berasa kecewa dengan kami selepas tewas dalam saingan Piala FA dan juga Piala AFC. Oleh itu perlawanan pada malam ini adalah amat penting untuk mengembalikan moral dan semangat pemain serta semua Bangsa Johor. Saya juga amat berharap para penyokong akan hadir bagi memberikan sokongan kepada kami sepanjang 90 minit perlawanan.
S.Kunanlan, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
The preparation to face Selangor have been going smoothly and it is definitely one of the most important preparations for us to ensure three points are collected at home. After recovering from injury and playing two matches, I'm now in a better condition and feeling very confident.
I'm 100% ready for tonight's match if I'm selected in the starting line-up. My focus is to win the match and collect three points. Selangor has a strong defence, but I'm confident we can overcome their defence and it will not be a problem for us to score.
We have had a very hectic schedule. However, I feel it is not a problem because all the players are in ready mode. It is a good thing for Johor Darul Ta'zim FC (JDT).
I also know that many fans are disappointed with us after losing in the FA Cup and AFC Cup. So tonight's match is very important to restore the morale and spirits of the players and Bangsa Johor. I also really hope that the fans will attend to give us support for 90 minutes.
S.Kunanlan, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan