THE CALL OF "CONCORD IS A BLESSING" IS STRENGTHEN AND IMMORTALISED UNDER CLAUSE 61 FIRST SECTION OF THE JOHOR STATE CONSTITUTION WHICH ENSURES THE SLOGAN ENDURES AND BE MAINTAINED WITHOUT BEING CHANGED OR ALTERED

SERU “MUAFAKAT ITU BERKAT” DIPERKASA DAN DIABADIKAN DIBAWAH FASAL 61 BAHAGIAN PERTAMA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR YANG MEMPERUNTUKAN SERU TERSEBUT HENDAKLAH SELAMA-LAMANYA DIPAKAI DAN DIPERKEKALKAN DENGAN TIADA UBAH ATAU DIPINDA
Sultan Abu Bakar adalah seorang stratejist politik. Baginda amat peka kepada rancangan British untuk menakluk negeri-negeri Melayu. Sebaik sahaja menaiki takhta Kerajaan negeri Johor pada tahun 1862, Baginda memperkenal dan melaksanakan beberapa innovasi untuk memodenkan negeri Johor serta memajukan taraf hidup dan pemikiran rakyat. Dengan persekutuan dan nasihat Jumaah Menteri yang berkaliber dan berwibawa, Baginda melancarkan reformasi dalaman dengan memperkasakan birokrasi kerajaan dan menubuhkan jabatan dan agensi yang kompeten dan cekap melaksanakan dasar seperti pelajaran, pertanian, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan perdagangan antarabangsa.
Sistem pentadbiran moden ini, serta perpaduan rakyat yang kukuh amat disegani oleh British yang tidak dapat mencari helah untuk meletakkan Johor dibawah naungannya. Sultan Abu Bakar mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat. Slogan ini dimartabatkan sebagai seru bagi Darjah Kerabat Johor Yang amat Dihormati yang Baginda ilhamkan pada tahun 1885. Pada tahun 1895 Baginda memperundangkan satu undang-undang dan peraturan bagi Kerajaan. Undang-undang ini menjadi benteng yang amat teguh bagi menangkis cita-cita British untuk menakluk Johor. Sultan Abu Bakar berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Johor selama 30 tahun berturut-turut.
Seru “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan dibawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukan seru tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan tiada ubah atau dipinda.
Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor
———
THE CALL OF "CONCORD IS A BLESSING" IS STRENGTHEN AND IMMORTALISED UNDER CLAUSE 61 FIRST SECTION OF THE JOHOR STATE CONSTITUTION WHICH ENSURES THE SLOGAN ENDURES AND BE MAINTAINED WITHOUT BEING CHANGED OR ALTERED
HM Sultan Abu Bakar was a political strategist. His Majesty was wary of the British who planned to colonise all the Malay states. After ascending to the throne in 1862, HM introduced and implemented a few innovations to modernise Johor like advancing living standards and changing the way the people think. With the agreement and advice of the calibered and authoritative Council of the Royal Court, His Royal Highness launched the internal reformation by empowering the government’s bureaucracy and setting up departments and agencies that were competent and efficient to implement policies like education, agriculture, security, health, law and international trade.
This new modern governance system and a strong unity among the people was respected by the British who could not find a way to put Johor under their rule. HM Sultan Abu Bakar created the slogan "Concord is a blessing"(Muafakat Itu Berkat) as a policy to reaffirm the unity and cooperation of the people. The slogan is also engraved on the Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati medal which was inspired by His Majesty in 1885. In 1895, HM enacted a law and regulation for the government, the law will be a strong defence to fend off British ambitions to conquer Johor. HM Sultan Abu Bakar successfully defended the sovereignty and the independence of Johor for the next 30 years.
The call of "Concord Is A Blessing" is strengthen and immortalised under clause 61 first section of the Johor State Constitution which ensures the slogan endures and be maintained without being changed or altered.
Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, President of the Council of Royal Court

Ulasan