Since the founding of the Johor government, the relationship between the Johor palace and people has been preserved and improved from time to time.

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SULTAN SIR ISMAIL LAKUKAN AKTIVITI JELAJAH KE DAERAH-DAERAH DI NEGERI JOHOR
Sejak tertubuhnya Kerajaan Johor, hubungan mesra antara Istana dan rakyat Johor diterjemahkan dan dipertingkat dari semasa ke semasa. Kasih sayang Sultan Johor yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat dan negeri ibarat permata yang tidak ternilai, menjadi inspirasi dan aspirasi pelbagai lapisan masyarakat.
Pada 16 November 1960, Sultan Sir Ismail berkenan berangkat meninggalkan Istana bagi melakukan aktiviti jelajah negeri Johor untuk bertemu rakyat di beberapa daerah selama dua hari berturut-turut. Baginda diiringi suri baginda Sultanah Ungku Tun Aminah, delegasi istana dan pegawai-pegawai kerajaan berkenan melawat daerah-daerah seperti Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.
Selain istiadat rasmi pengurniaan darjah dan pingat, program tersebut dipadatkan dengan aktiviti bersama rakyat seperti lawatan baginda ke kampung-kampung, pembukaan rasmi kilang-kilang besar pelbagai industri, ramah mesra jamuan santapan tengah hari, jamuan teh, jamuan makan malam, lawatan ke rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah anak yatim dan pembukaan kawasan perumahan rakyat.
Kekal menjadi medium perhubungan murni antara Istana dan rakyat, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta Keluarga DiRaja meneruskan lagi hubungan istimewa ini dengan skop dan sasaran yang sentiasa diperluaskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SULTAN SIR IBRAHIM TOURS AROUND JOHOR DISTRICTS
Since the founding of the Johor government, the relationship between the Johor palace and people has been preserved and improved from time to time. Sultan of Johor's undivided love for the people and state is like an invaluable jewel, becoming an inspiration and aspiration for the various walks of life.
On 16 November 1960, Sultan Sir Ibrahim departed from the palace to tour around Johor to meet the people in several districts for two straight days. His Majesty, who was accompanied by Sultanah Ungku Tun Aminah, palace delegates and government officials, visited districts like Muar, Batu Pahat, Selamat and Kluang.
Besides conferring titles and medals, the programme included activities with the people such as His Majesty's visits to villages, official opening ceremonies of factories of various industries, meet-and-greet luncheons, tea sessions, dinner functions, visits to welfare homes, orphanages and officiating the opening of housing areas.
As the medium of the distinguished relationship between the palace and people, HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, along with the Johor Royal Family have maintained the special relationship with constantly improving scopes and targets from time to time. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan