“The mentality at JDT is to win every match regardless of whom we face because the opponents will give 120% when facing JDT as the league leaders.” -Raul Longhi

Saya amat gembira dengan barisan pemain tempatan yang kami ada sekarang kerana mereka semua telah memberikan sepenuh komitmen dalam setiap perlawanan. Tidak dinafikan kadang-kala mereka ada melakukan kesilapan, namun inilah bola sepak. Apa yang penting adalah sikap mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kelab.
Objektif kami semestinya mahukan kemenangan dan membawa pulang tiga lagi mata berharga. Pahang akan bertemu Kedah manakala Perak pula akan bertemu Terengganu di mana semua ini merupakan perlawanan yang hebat. Oleh itu, kami perlu mendapatkan tiga mata bagi menjarakkan lagi kedudukan kami.
Bagi saya semua pasukan yang berada dalam saingan Liga Malaysia mempunyai tahap yang sama, semuanya memberikan kami saingan yang hebat. Kami menganggap perlawanan bertemu Negeri Sembilan merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami akan cuba untuk melakukan tugas kami dengan sebaiknya, dan apa yang paling penting adalah mentaliti.
Para pemain berada dalam keadaan mentaliti yang terbaik dan positif namun ada sesetengah pemain yang memberitahu bahawa mereka kepenatan dan saya akan merehatkan mereka. Apa yang paling penting adalah esok saya akan menurunkan pemain yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mentaliti di JDT adalah memenangi setiap perlawanan tidak kira dengan siapa kami bertemu kerana semua pasukan lawan akan memberikan 120 peratus sekiranya bertemu dengan JDT selaku pasukan pertama dalam carta liga.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
I'm very happy with our local players because all of them have given full commitment in every match. It cannot be denied that they make mistakes sometimes, but that's football. What's important is their attitude of always giving the best for the club.
Our objective is to win and bring home another three valuable points. Pahang will face Kedah, while Perak will face Terengganu, which are all tough matches. So, we need the three points to increase our lead.
For me, all teams in the Malaysian league are at the same level and can give us stiff competition. We consider the match against Negeri Sembilan a tough one. We will try to do our duty as well as possible, and the most important thing is the mentality.
The players are in the best mental condition and are positive, but there are some players who have said they are tired and I need to rest them. The most important thing is tomorrow I will pick players who are not injured.
The mentality at JDT is to win every match regardless of whom we face because the opponents will give 120% when facing JDT as the league leaders.
Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Ulasan