“Playing at home gives us an advantage because we will be playing in front of our own fans. For us it is a very good motivation. JDT really needs motivation in all matches because JDT are a big club.”

Perkara paling penting untuk perlawanan bertemu pasukan Selangor pada malam ini adalah memenangi tiga mata seterusnya menjarakkan lagi kedudukan kami di tangga pertama dalam carta liga. Saya juga sedia maklum bahawa kami hanya mempunyai masa selama satu hari untuk persiapan perlawanan malam ini dan ia agak sukar bagi kami. Namun situasi ini juga berlaku kepada pasukan Selangor.
Saya tahu kekuatan pasukan Selangor dan kekuatan para pemain mereka. Saya juga mengenali Amri Yahyah dan beberapa pemain yang hebat di Selangor. Malam ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar kerana mana-mana pasukan yang bertemu dengan JDT pasti akan memberikan 120 peratus sepanjang perlawanan. Kami juga akan cuba menjaringkan gol dengan secepat yang mungkin kerana itu akan dapat menaikkan semangat para pemain.
Bermain di halaman sendiri memberi kelebihan buat kami kerana kami akan bermain di hadapan para penyokong kami sendiri. Bagi kami ia adalah motivasi yang amat baik. JDT amat memerlukan motivasi dalam semua perlawanan kerana JDT adalah sebuah kelab yang besar. Kami perlu menang dalam setiap perlawanan dan kami amat bersedia untuk perlawanan malam ini.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
The most important thing for the match against Selangor tonight is to win three points and increase our lead at the top of the league. I am aware that we only have one day of preparation for this match and it is indeed difficult for us, but the same situation is also happening for Selangor.
I know about Selangor's strengths and their players' strengths. I also know Amri Yahyah and several great players at Selangor. Tonight will be a difficult match because any team facing JDT will give 120% throughout the match. We will also try to score as early as possible because it will be able to lift the players' spirits.
Playing at home gives us an advantage because we will be playing in front of our own fans. For us it is a very good motivation. JDT really needs motivation in all matches because JDT are a big club. We need to win every game and we are fully ready for tonight's match.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan