PERLAWANAN JOHOR DARUL TA’ZIM DAN SELANGOR DITUNDA ESOK

PERLAWANAN JOHOR DARUL TA’ZIM DAN SELANGOR DITUNDA ESOK
—————-
Komisioner Perlawanan telah dimaklumkan oleh pengadil bahawa keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin tidak sesuai untuk bermain bagi perlawanan malam ini. Ianya berikutan hujan tanpa henti di Johor Bahru dari malam tadi sehingga ke hari ini. Dari pengalaman pegawai perlawanan, keadaan tidak mungkin berubah sebelum waktu perlawanan.
Oleh kerana perlawanan malam ini sangat sengit, pengadil membuat keputusan awal menunda perlawanan ini di atas faktor keselamatan. Keputusan awal ini dibuat bagi mengelakkan sebarang isu yang mungkin timbul berkenaan kehadiran penyokong yang tidak dapat menyaksikan perlawanan malam ini.

Ulasan