“Our preparations to face PKNS tonight have been the same as our preparations for other teams. As usual we will try to win this match with our brand of football.” -Raul Longhi

Persiapan kami untuk menghadapi pasukan PKNS pada malam ini adalah sama seperti persiapan bertemu dengan pasukan-pasukan lain. Seperti biasa kami akan cuba memenangi perlawanan ini dengan cara permainan bola sepak kami. Tiga mata kemenangan pada perlawanan ini adalah amat penting bagi kami bagi menjarakkan lagi kedudukan kami di carta liga.
Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan mengenai pasukan lain kerana apa yang paling penting adalah pasukan saya sendiri, iaitu bagaimana sikap para pemain dan bagaimana mereka mahu mendapatkan kemenangan. Saya akan menurunkan pemain yang berada dalam keadaan tahap fizikal yang terbaik untuk perlawanan ini. Mengenai Natxo Insa, beliau masih perlu menjalani sesi pemulihan di Sepanyol selama tiga minggu.
Seperti semua sedia maklum bahawa terdapat dua bekas pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini bermain di PKNS iaitu Safee Sali dan juga Mahali Jasuli. Saya telah bersama dengan mereka berdua selama 2-3 tahun namun saya tahu perlawanan ini akan menjadi satu lagi perlawanan yang berbeza bagi kami.
Amat penting bagi kami sekiranya para penyokong dapat memenuhi Stadium Shah Alam pada perlawanan ini. Kerana penyokong merupakan pembakar semangat terbaik untuk para pemain memberikan yang terbaik. Perkara ini dapat dilihat ketika kami bermain di Sarawak, di Melaka dan di mana sahaja sekiranya para penyokong hadir pastinya ia dapat memberi motivasi tambahan kepada pemain.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
——
Our preparations to face PKNS tonight have been the same as our preparations for other teams. As usual we will try to win this match with our brand of football. Winning three points in this match is very important for us to increase our lead on the league table.
Currently I don't want to think about other teams because the most important thing is my own team, which is the attitude of the players and how they want to get the win. I will pick players who are in the best physical condition. Regarding Natxo Insa, he still needs to undergo recovery sessions in Spain for three weeks.
As everyone knows, we have two former Johor Darul Ta'zim FC (JDT) players now playing for PKNS, Safee Sali and Mahali Jasuli. I was with both of them for 2-3 years but I know this match will be another different match for us.
It is very important for us if fans fill the Shah Alam Stadium for this match. It is because the fans are the best inspiration for the players to give their best. It could be seen when we played in Sarawak, Melaka and whenever fans are present that it provide additional motivation to the players.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan