MAINTENANCE AND RENOVATION OF TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS STADIUM, LARKIN

PENYELENGGARAAN DAN PENAMBAHBAIKAN STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN
Ketiadaan perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin digunakan sebaiknya oleh pihak pengurusan stadium dengan melakukan beberapa penambahbaikan sistem saliran padang. Kerja-kerja penambahbaikan terhadap sistem saliran padang ini dijalankan adalah bagi melancarkan aliran air dan mengatasi masalah air bertakung ketika musim hujan.
Penambahbaikan sistem saliran ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mei iaitu sebelum perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu pasukan Negeri Sembilan. Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan ini merupakan sebahagian projek yang dijalankan bagi mengekalkan imej kelab yang sentiasa memastikan segalanya dalam keadaan terbaik. Luaskan Kuasamu Johor.
———
MAINTENANCE AND RENOVATION OF TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS STADIUM, LARKIN
With no match being played at the Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Stadium, Larkin, the opportunity has been optimised by the stadium management to start several maintenance and renovation activities. Maintenance work is underway on the pitch drainage system to ensure water flows smoothly and excess water is removed during rainy season.
The drainage system upgrade is expected to be completed by mid-May right before Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) match against Negeri Sembilan. The maintenance and renovation work is part of the ongoing projects in order to preserve the club's image of always ensuring everything is in the best condition. Luaskan Kuasamu Johor.

 







Ulasan