INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SULTAN SIR IBRAHIM'S VISIT TO OTHER COUNTRIES BRINGS POSITIVE IMPACTS TO JOHOR

FAKTA MENARIK | SEJARAH JOHOR | LAWATAN SULTAN SIR IBRAHIM KE NEGARA LUAR MEMBAWA IMPAK POSITIF KEPADA NEGERI JOHOR
Pada tahun 1930-an, Sultan Sir Ibrahim telah belayar ke benua Amerika Utara untuk melakukan lawatan ke Amerika Syarikat. Pendedahan dan pengetahuan baru yang diperolehi oleh baginda dalam pelayaran ke negara benua Amerika Utara tersebut telah digunakan untuk memajukan dan memodenkan negeri Johor.
Lawatan tersebut turut memberi pengaruh kepada kepesatan aktiviti dan perkembangan ekonomi serta kegiatan pelaburan di negeri Johor. Dalam masa yang sama, negeri Johor banyak menerima limpahan perdagangan dari pelabur Jepun dan Eropah yang giat berdagang melalui Singapura.
Ini secara tidak langsung telah menunjukkan negeri Johor mempunyai kedaulatan dan kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan kerajaan British sejak zaman dahulu. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SULTAN SIR IBRAHIM'S VISIT TO OTHER COUNTRIES BRINGS POSITIVE IMPACTS TO JOHOR
During the 1930's, HM Sultan Sir Ibrahim had sailed to the North American Continent and visited The United States of America. The exposure and knowledge gained by His Majesty to the continent was used to advance and modernized the state of Johor.
The visit also influenced the rapidity of economical growth and outside investment in Johor. At the same time receiving overwhelming trade and investment from Japan and Europe which were actively trading through Singapore.
This indirectly has shown that Johor is a state that is sovereign and free to have long standing relations with other countries like America, Japan and the British government. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan