“I have never panicked about Raul Longhi being the coach because his role has always been as a caretaker only. The reason why I have not looked for or appointed any other coach is because I know Ulisses Morais will return.“

Saya tidak pernah panik Raul Longhi sebagai jurulatih kerana tugas beliau sentiasa sebagai ‘caretaker’, penjaga sementara sahaja. Dan sebab mengapa saya tidak mencari atau mengambil mana-mana jurulatih lain adalah kerana saya tahu Ulisses Morais akan kembali. Beliau terpaksa berundur dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana perlu menyelesaikan masalah keluarga beliau di Portugal. Oleh itu, saya cuma menanti Morais kembali manakala Raul hanya sebagai penjaga pasukan untuk sementara. Sebab itu saya tidak menandatangani jurulatih baharu.
Pada saya, Raul adalah jurulatih yang bagus, beliau mengenali pemain-pemain tempatan lebih daripada sesiapa daripada kelab ini kerana Raul sudah lama bekerja di sini. Dan dalam masa yang sama sebagai tukang jaga, Raul dan juga pembantu jurulatih, Ismail Ibrahim adalah yang terbaik kerana mereka kenal pemain dan mereka tahu bagaimana bola sepak Malaysia. Tetapi mereka terbatas, sebab itulah saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Raul dan juga Ismail kerana sepertimana yang saya katakan mereka adalah penjaga sementara.
Pada masa sama, saya mengambil dua pemain luar negara yang mana saya rasa pemain tempatan jauh lebih baik. Tetapi itulah, daripada awal sudah kata hendak membazir maka sekarang ini betul-betul membazirlah.
Saya akan buat apa yang kelab dalam negara ini tidak pernah buat, walaupun sudah menandatangani pemain berharga beberapa juta tetapi jikalau saya lihat pemain tersebut tidak bagus selepas beberapa perlawanan, beliau boleh keluar dan saya boleh ambil pemain baru demi JDT. Itu tidak pernah terjadi dalam senario bola sepak tanah air, tetapi inilah Johor Darul Ta’zim (JDT).
JDT merupakan sebuah kelab yang bercita-cita besar dan tidak akan mengekalkan mana-mana pemain dalam kelab ini yang tidak menampilkan prestasi yang menepati piawaian kami. Jadi inilah JDT, sentiasa mencipta sejarah. Kita tunggu dan lihat untuk beberapa hari akan datang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I have never panicked about Raul Longhi being the coach because his role has always been as a caretaker only. The reason why I have not looked for or appointed any other coach is because I know Ulisses Morais will return. He had to step away from Johor Darul Ta'zim FC (JDT) to settle his family issues in Portugal. Whilst waiting for Morais to return, Raul’s role in JDT is as caretaker. That's the reason why I have not signed any new coach.
Personally for me, Raul is a great coach. He knows the local players better than anyone at this club as he has been working here for a long time. Adding to this, as caretakers, Raul and assistant Ismail Ibrahim are the best for the job because they know the players and they understand Malaysian football. Having said that, they do have their limitations. Hence, I have not set high hopes on Raul and Ismail because, as I have said, they are the caretakers.
At the same time, we have picked two foreign players who I believe are not better than the local players. I have said previously that we want to spend extravagantly and squander. Now it really seems that we have to spend exorbitantly and are squandering after all.
I will do things that clubs in this country have never done and will never do. Even after signing players for millions, if I see that those players aren’t performing after a few games, they can leave and I will look for their replacements for JDT. That's never happened in Malaysian football, but this is Johor Darul Ta'zim (JDT).
JDT is an ambitious club and we have never retained players who are not performing to our expectations. This is JDT, always creating history. We will wait and see in the coming days.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Ulasan